Skip to main content

MASSCOMM INDUCTION MERIAH!


Masscomm Induction Sesi 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Disember yang lalu. Bertempat di Padang Kawad, program yang bermula sejak awal pagi itu meriah dengan kehadiran pelajar-pelajar dan para pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM).

Pelajar dibahagikan kepada beberapa
kumpulan mengikut warna.
Program ini menyasarkan penglibatan pelajar-pelajar baru dari semester satu sebagai sebuah aktiviti pengenalan dan suai kenal antara pelajar semestar satu dengan pelajar- pelajar dari semester dua hingga enam.

Masscomm Induction 2014 yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Program MC 110, Pn Siti Hajar Abd Aziz berkata program seumpama ini adalah sebagai pengenalan kepada pelajar baru tentang FKPM dan memberi peluang kepada mereka untuk mengenali pensyarah serta mengenali warga FKPM yang lain.

Antara maskot yang dicipta
oleh pelajar
Aktiviti pada pagi tersebut dimulakan dengan Senam 1 Malaysia. Acara permulan ini turut disertai oleh barisan pensyarah serta pelajar- pelajar FKPM. Program tersebut juga diteruskan dengan acara mencipta maskot dan persembahan sorak dari pelajar semester satu. Acara mencipta maskot mempamerkan sisi kreatif dan inovasi pelajar mencipta maskot mengunakan barang- barang terpakai dan kitar semula.
Sesi mempersembahkan sorak dan maskot.
Persembahan 'flashmob' hasil gabungan para pelajar semester dua hingga enam menyemarkan lagi suasana pada pagi tersebut. Turut membuat persembahan ialah penghuni Kolej Jebat yang membuat mempersembahan Hakka UiTM, memeriakan lagi Masscom Induction 2014.

Padang Kawat juga kali ini dipenuhi dengan para peniaga yang terdiri dari pelajar FKPM sendiri yang membuka pelbagai gerai-gerai jualan. Menurut Pengarah Projek Masscomm Induction, Farah Rabiah, KOMED menyediakan tapak-tapak gerai jualan khas untuk para pelajar untuk menarik minat meraka dalam bidang keusahawanan.

Sebahagian dari gerai jualan
" Kami cuba untuk menarik minat pelajar kerana melihat terdapat potensi besar dan memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan", tambah Farah.

Barisan manta dan alumni
yang sempat hadir.
Kehadiran alumni- alumni FKPM dan mantan KOMED turut memeriahkan Masscomm Induction kali ini.

Acara sukaneka yang melibatkan pelajar semester 1 dan para pensyarah mencuri tumpuan ketika program berlangsung. Acara ini menggamit kemeriahan suasana tatkala melihat aksi-aksi lucu para pelajar dan pensyarah terlibat.

Acara pada pagi tersebut berakhir dengan sesi pengisytiharan, dimana pelajar semestar satu diajar tentang sorak  " Tepuk- Tepuk Masscomm" dan disiram dengan air secara beramai-ramai sebagai simbolik pengistiharan.

Masscomm Induction diteruskan pada sebelah malam dengan acara kemuncak iaitu Masscomm Family Day.


Upacara pengisytiharan pelajar baru.

Sesi regangan dan Senam 1 Malaysia

Suasana ketika sesi Senam 1 Malaysia

Telatah pelajar ketika aktiviti sukaneka

Pn Siti Hajar memberi ucapan di majlis perasmian

Persembahan HakkaUiTM dari Kolej Jebat.

Persembahan 'Flashmob' gabungan pelajar semester satu hingga enam

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Surat Rasmi Permohonan Penangguhan Pembayaran Yuran

Pekeliling Rektor - Parkir Motokar Pelajar di dalam Kampus

SENARAI NAMA PELAJAR SEMESTER 01 BAGI FAKULTI MC 110 SESI JUN - OKT '13

RED BIL NAMA PELAJAR NO. PELAJAR JANTINA RED 1  ABDUL RAHMAN BIN NOR KHAIR   2013644662  L A 2  AHMAD SAUFI IKHWAN BIN SAMAD   2013288704  L A 3  AQILAH KHAIRIAH BINTI ABD KHALIB   2013499146   P  B 4  ARIANA QIR-AIN BINTI AHMAD HUSAINI   2013281282   P  B 5  IZWANI MERICAN BINTI IZUDIN MERICAN   2013220898   P  C 6  JESICA SENDAI ANAK LIPA   2013653594   P  C 7  NOOR FARHANA BINTI MOHD NAWI   2013429814   P  D 8  NOOR IZZATI BINTI MOHD ALI   2013416086   P  D 9  NORFAEZAH BINTI SAKRI   ...