" Kami yakin boleh!", itulah laungan semangat pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sepanjang Program Kem Hala Tuju Akdemik 2014. Program tersebut yang belangsung selama 2 hari 1 malam di Kem Permata Ayer Pa'abas pada 24 dan 25 Januari lalu.
|
Ustaz Fadly bersama salah seorang peserta terlibat. |
Seramai 40 orang pelajar yang dipilih dari semestar 1 hingga 6 telah berjaya mengikuti program motivasi yang bertujan untuk menyuntik semangat pelajar dalam pencapaian akademik. Menurut penasihat KOMED, Pn Siti Nor Shahidah Sah Alam, program ini realisasikan oleh KOMED kerana menyedari pelajar-pelajar memerlukan sokongan moral yang berterusan dalam pembelajaran.
" Program sebegini adalah perlu kerana pelajar- pelajar harus diberikan dorongan serta suntikan semangat baru untuk mereka belajar seterusnya memperoleh pencapian akademik yang membanggakan." Tambah Shahida.
Program berorientasikan kursus ini dilihat mampu membantu pelajar yang terlibat serta mampu menjadi dorang kepada pelajar lain dalam meningkatkan prestasi akademik seterusnya dapat meningkatkan pencapaian akademik secara keseluruhan di peringkat fakulti.
|
Sesi motivasi bersama Coach Muhammad Saffian |
Khidmat kepakaran motivator dan fasilitator dari Jazim Motivation Group telah berjaya memberikan nafas dan perspektif baru kepada peserta. Pengisian program juga bukan sahaja mengfokuskan kepada bidang akademik, malah turut memurnikan kemahiran komunikasi serta sisi potensi kendiri peserta. Perkongsian ilmu, pengalaman serta tips pembelajaran berkesan dari Ustaz Fadly Samin dan Muhammad Saffian, amatlah berguna untuk praktik oleh peserta.
Mengulas tentang program tersebut, Ketua Pusat Pengajian, En Shahril Anuar berkata program ini akan diteruskan oleh pihak fakulti pada masa-masa akan datang kerana menyedari kepentingan serta impak program seumpanya terhadap pelajar,
" Ini merupakan inisiatif pihak pensyarah dan fakulti sendri untuk membantu pelajar", tambah beliau ketika memberi ucapan semasa majlis penutup yang turut dihadiri oleh Koordinator Fakulti En Hanapi Kamis.
Secara keseluruhannya Kem Hala Tuju Akademik ini disifatkan sebagai sebuah penanda aras bagi membantu pelajar FKPM khasnya dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akademik dan diharapkan program ini akan diteruskan pada masa hadapan.
|
Peserta tiba di perkarangan Kem Permata Ayer Pa'abas. |
|
Barisan tetamu jemputan di majlis penutup. |
|
Antara ekpresi wajah peserta ketika aktiviti 'ice breaking'. |
|
Aktiviti yang memerlukan nilai kerjasama dalam pasukan serta fokus yang tinggi. |
|
" Kami yakin boleh!" laungan semangat para peserta. |
|
Solat berjemaah, antara aktiviti kerohanian sepanjang program berlangsung. |
Comments