Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

PERSEMBAHAN ' CLOTH ' PUKAU PENONTON DI 30TH UNITY DAN MERGE 2014.

Hanya menggunakan beberap rentang kain yang pelbagai warna, persembahan 'cloth' dari Kelab Komunikasi dan Media ( KOMED) memukau penonton di dua tempat berasingan, dalam program 30th Years of Unity dan MERGE 2014. Keunikan persembahan ini terletak pada formasi dan pergerakan rentangan kain tersebut. Persembahan tersebut telah diilhamkan sendiri oleh Yang Di-Pertua KOMED, Farah Rabiah Ahmad Farid. Menurut beliau, persembahan ' cloth' tersebut adalah pertama kalinya dipersembahankan dan mempunyai keunikkan serta simbolik yang tersendiri. " Setiap warna kain ini mewakili setiap fakulti yang ada di KAG dan kami rasa persembahan ini amat bertepatan dengan program 30th Years of Unity", ujar Farah. Ramai menyifatkan persembahan 'cloth' itu amat signifikan dengan 30th Unity yang diadakan bersempena menyambut ulang tahun UiTM Alor Gajah yg ke 30. Setelah kejayan pertama persembahan tersebut dalam program 30th Years of Unity bertempat di Dataran Ke

SELAMAT BERCUTI WARGA KAG!

Alhamdulillah, sesi kuliah November 2013 - April 2014 akhirnya telah melabuhkan tirai pada Jumaat yang lalu. Setelah empat bulan kita bertungkus mulus mengadiri kuliah, menyiapkan kerja-kerja kursus, pembentangan dan menghadiri perperiksaan akhir, kini bermula pula durasi percutian akhir semester selama dua bulan. Pelbagai peristiwa manis dan pahit telah terpahat sepanjang empat bulan kita semua berada di Kota Lendu. Jadikan setiap pengalaman dan peristiwa ini sebagai tauladan dan satu penanda aras bagi kita untuk menjadi yang lebih baik untuk masa-masa akan datang. Kepada pelajar-pelajar yang bakal berpindah ke kampus-kampus baru, KOMED mengucapkan jutaan terima kasi kerana menjadi warga Kampus Alor Gajah (KAG) dan selamat maju jaya . Dalam keseronokan menyambut cuti panjnag ini, KOMED ingin mengingatkan supaya warga KAG umunnya dan khasnya kepada pelajar-pelajar FKPM sentiasa peka dengan segala informasi penting dari pihak UiTM. Segala maklumat rasmi dan terbaru ak

" KAMI YAKIN BOLEH!"

" Kami yakin boleh!", itulah laungan semangat pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sepanjang Program Kem Hala Tuju Akdemik 2014. Program tersebut yang belangsung selama 2 hari 1 malam  di Kem Permata Ayer Pa'abas pada 24 dan 25 Januari lalu. Ustaz Fadly bersama salah seorang peserta terlibat. Seramai 40 orang pelajar yang dipilih dari semestar 1 hingga 6 telah berjaya mengikuti program motivasi yang bertujan untuk menyuntik semangat pelajar dalam pencapaian akademik. Menurut penasihat KOMED, Pn Siti Nor Shahidah Sah Alam, program ini realisasikan oleh KOMED kerana menyedari pelajar-pelajar memerlukan sokongan moral yang berterusan dalam pembelajaran.  " Program sebegini adalah perlu kerana pelajar- pelajar harus diberikan dorongan serta suntikan semangat baru untuk mereka belajar seterusnya memperoleh pencapian akademik yang membanggakan." Tambah Shahida. Program berorientasikan kursus ini dilihat mampu membantu pelajar yang terlibat sert

MALAM MASSCOMM FAMILY DAY KUMPULKAN 1200 PELAJAR FKPM

Meriah!, begitulah suasana yang dapat digambarkan ketika berlangsungnya Masscomm Family Day pada 14 Disember yang lalu. Mengangkat tema ' Old School Vintage', program tersebut diwarnai dengan pelbagai rekaan busana yang dipakai oleh pengunjung yang terdiri daripada pelajar- pelajar dan barisan pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Alor Gajah. Pn Siti Hajar menandatangi poster Masscomm Family Day sebagai simbolik perasmian Program anjuran KOMED ini adalah bertujan untuk meraikan dan mengembelingkan serta menerapkan nilai kekeluargaan disampaing mengeratkan hubungan kekitaan diantara warga FKPM. Bertempat di Padang Kawad, program tersebut berjaya mengumpulkan kira-kira 1,200 pelajar FKPM dari semester satu hingga enam. Program yang dirasmikan oleh Pengerusi Program MC 110, Pn Siti Hajar Abd Aziz juga menyaksikan kehadiran para pensyarah dan alumni-alumni FKPM. Menurut penasihat KOMED, En Rosdi Safian, program tahunan ini diadakan setiap tahun

MASSCOMM INDUCTION MERIAH!

Masscomm Induction Sesi 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Disember yang lalu. Bertempat di Padang Kawad, program yang bermula sejak awal pagi itu meriah dengan kehadiran pelajar-pelajar dan para pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM). Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut warna. Program ini menyasarkan penglibatan pelajar-pelajar baru dari semester satu sebagai sebuah aktiviti pengenalan dan suai kenal antara pelajar semestar satu dengan pelajar- pelajar dari semester dua hingga enam. Masscomm Induction 2014 yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Program MC 110, Pn Siti Hajar Abd Aziz berkata program   seumpama ini adalah sebagai pengenalan kepada pelajar baru tentang FKPM dan memberi peluang kepada mereka untuk mengenali pensyarah serta mengenali warga FKPM yang lain. Antara maskot yang dicipta oleh pelajar Aktiviti pada pagi tersebut dimulakan dengan Senam 1 Malaysia. Acara permulan ini turut disertai oleh barisan pensy