Skip to main content

MALAM MASSCOMM FAMILY DAY KUMPULKAN 1200 PELAJAR FKPM


Meriah!, begitulah suasana yang dapat digambarkan ketika berlangsungnya Masscomm Family Day pada 14 Disember yang lalu. Mengangkat tema ' Old School Vintage', program tersebut diwarnai dengan pelbagai rekaan busana yang dipakai oleh pengunjung yang terdiri daripada pelajar- pelajar dan barisan pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Alor Gajah.

Pn Siti Hajar menandatangi poster Masscomm Family Day
sebagai simbolik perasmian
Program anjuran KOMED ini adalah bertujan untuk meraikan dan mengembelingkan serta menerapkan nilai kekeluargaan disampaing mengeratkan hubungan kekitaan diantara warga FKPM. Bertempat di Padang Kawad, program tersebut berjaya mengumpulkan kira-kira 1,200 pelajar FKPM dari semester satu hingga enam.

Program yang dirasmikan oleh Pengerusi Program MC 110, Pn Siti Hajar Abd Aziz juga menyaksikan kehadiran para pensyarah dan alumni-alumni FKPM.

Menurut penasihat KOMED, En Rosdi Safian, program tahunan ini diadakan setiap tahun bagi menerapkan serta menyebarkan nilai kekeluargaan dalam diri setiap warga FKPM. Masscomm Family Day juga turut dimeriakan dengan pelbagai persembahan nyanyian dan flashmob dari pelajar-pelajar semestar 1 hingga enam.

Antara persembahan dari pelajar 
FKPM
" Disamping kita mengeratkan hubungan sesama pelajar dan pensyarah, program ini juga bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat para pelajar," tambah Rosdi.

Baju koperat rasmi FKPM
 Pertunjukan bunga api pada malam tersebut menambahkan lagi kemeriahan atmosfera Masscom Family Day. Pada malam tersebut juga diadakan Pertandingan Busana Terbaik yang menawarkan hadiah berupa baucer percutian ke Beijing , China yang telah ditaja oleh Raveworks Event Management. Dalam pertandingan tersebut juga, turut dipersembahan dan memperkenalkan baju koporat rasmi Fakulti Komunikasi dan Media.

Masscomm Famili Day pada kali ini juga memperlihatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan dimana, KOMED telah menyediakan tapak perniagaan dan mengadakan 'Car booth sale' untuk para pelajar menjalankan aktiviti keusahawanan. Usaha ini dilihat dapat menarik minat pelajar dalam aktiviti keusahawanan.

Rata-rata pengujung amat berpuas hati dengan kelancaran dan pengisan program ini. Program Masscomm Family Day ini telah diilhamkan oleh mantan-mantan Majlis Tertinggi KOMED dan menjadi aktiviti tradisi KOMED sehingga kini.

Masccomm Family Day juga merupakan gabungan program Masscomm Induction yang dijalankan pada sebelah pagi hari tersebut.


Adid dan Naffis selaku pengacara majlis menggamit suasana program


Pertunjukan bunga api memeriakan malam tersebut.

Persembahan 'flashmob' dari pelajar semestar 4 dan 2 FKPM

Barisan MT KOMED 2014 di Masscom Family Day 2014.


Jawatankuasa program Masscom Family Day 2014.

Comments

Popular posts from this blog

Pekeliling Rektor - Parkir Motokar Pelajar di dalam Kampus

Contoh Surat Rasmi Permohonan Penangguhan Pembayaran Yuran

Tawaran ke Ijazah FKPM bagi Pelajar Semester 3 untuk Program Perhubungan Awam dan Penyiaran

Salam Sejahtera. Pekeling baru yang diterima dari FKPM Shah Alam. Program Ijazah Sarjana Muda Komunikassi Massa untuk bidang Perhubungan Awam dan Penyiaran baru di buka pada hari ini kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Penutupan pendaftaran adalah pada pukul 5 petang ini juga. Bagi mereka yang layak dan berminat sila: a) Memberikan nama kepada koordinator program diploma di alamat raufsan@yahoo.com b) Mendaftar melalui laman web http://masscomm.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=219:surat-akujanji&catid=1:latest-news . Langkah seterusnya ialah dengan mendownload dan mengisi borang Akujanji tersebut. Sekian, wassalam.