Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

HEBAHAN PENGAMBILAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BARU

SALAM warga Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kriteria-kriteria yang perlu diambil kira untuk pemilihan calon ini adalah seperti butiran berikut:- a)    Calon MESTILAH berada di dalam SEMESTER DUA (2) KE ATAS dan lulus dengan pencapaian sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setaraf. b)    Calon yang telah dikenakan, didapati bersalah atau masih menunggu tindakan tatatertib atas sesuatu kesalahan adalah TIDAK LAYAK untuk dipilih. c)    Calon yang dituduh atau sedang menunggu perbicaraan jenayah atau syariah, TIDAK LAYAK untuk dipilih. d)    Pelajar yang akan menjalani Latihan Praktikal melebihi dari tiga (3) bulan dalam tempoh sesi yang berkenaan, tidak layak untuk mengisi borang pemilihan. e)    Sesi Temuduga akan diadakan pada 10 Julai 2014 (khamis). TARIKH AKHIR PENGHANTARAN BORANG PENCALONAN ADALAH 28/3/2014. BORANG PERLU MENDAPAT PENGESAHAN KPP SEBELUM DIHANTAR KE HEP

Solat Hajat #PrayForMH370

Assalamualaikum wbt. Sehubungan dengan kehilangan dan ketidaktentuan nasib penumpang MH370 yang menjadi kebimbangan seluruh rakyat Malaysia ketika ini, pihak ACIS menyeru seluruh kakitangan beragama Islam di UiTM Melaka untuk sama- sama mengadakan solat hajat berjemaah pada ketetapan berikut :- Tarikh : 10 Mac 2014 Masa : Selepas solat zohor Tempat : a) KBM - di Aras 16                 b) KAG - di Masjid Al- Hikmah Selain mendoakan kesejahteraan jiwa semua penumpang MH370, kita mohon juga dalam solat hajat ini agar kemarau yg berpanjangan ini akan berakhir dengan segera. Tidak lupa juga kita panjatkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan warga UiTM Melaka yang sedang sakit pada ketika ini. Besar harapan kami agar usaha murni pihak ACIS ini mendapat sokongan yang padu dari seluruh kakitangan UiTM Melaka. Semuga doa dan hajat kita ini dimakbulkan Allah.. Salam hormat Dr Rani Diana Othman Wakil Rektor UiTM Melaka.

JADUAL FINAL TEST(cont.)

ISNIN

JADUAL FINAL TEST

Assalamualaikum MassCommers! Berikut merupakan jadual final test bagi semester ini(November - April 2014) SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU