HI!!! WELCOME TO THE OFFICIAL BLOG OF KOMED UiTM MELAKA. PLEASE DO FOLLOW US ON FACEBOOK, TWITTER, YOUTUBE AND INSTAGRAM.WELCOME NEW STUDENTS TO FKPM!!!!!

Monday, December 15, 2014

Pesanan khas kepada pelajar part 6 (batch medina )

Kepada pelajar senior part 6 (batch medina) yang tidak berjaya dalam interview adalah kerana masa pendaftaran mereka tidak sertakan result muet. 

Kepada sesiapa yang bakal menduduki MUET pada November, result akan keluar pada 15 Januari 2015, anda diminta agar membuat  surat rayuan pada fakulti shah alam beserta result MUET. 

Bagi sesiapa yang masih belum mengambil MUET, anda terpaksa  memohon untuk intake sept 15 depan. 

Thursday, December 11, 2014

Kumpulan untuk pelajar semester satu sempena Induction Day

Assalamualaikum , 

Sempena hari keusahawanan yang bakal diadakan pada hari Sabtu ini, kami telah membahagikan pelajar semester satu mengikut kumpulan. 

Nama kumpulan diberi bedasarkan 'superhero'. Anda tidak akan diletakkan dalam satu kelas yang sama. Merapatkan sillaturrahim dan bersuai kenal bersama pelajar lain adalah motif utama kami. 










Wednesday, December 10, 2014

Tarikh-tarikh bagi program Kemahiran Insaniah sesi 2014/2015

Berikut dipaparkan tarikh bagi program Kemahiran Insaniah. Kepada pelajar semester tiga, anda dikecualikan dari program ini. Bagi pelajar semester enam yang telah menghadiri program 'finishing school' semasa anda di semester lima, ada tidak perlu menghadiri program kemahiran insaniah pada semester ini. 

Peringatan kepada semua pelajar, jika anda gagal menghadiri program kemahiran insaniah, anda terpaksa mengulanginya pada semester hadapan. 

Sekian, terima kasih. 




  










Jemputan ke Hari Keusahawanan Masscomm 2014

Kami dengan sukacitanya ingin menjemput seluruh warga masscomm termasuklah para pensyarah, alumni, dan juga pelajar yang masih menuntut untuk datang ke Hari Keusahawanan yang dianjurkan oleh KOMED. 

Bertempat di Padang Kawad Uitm Lendu, mari beramai-ramai datang pada 13 Disember bersamaan Sabtu ini dan memberi sokongan dan juga memberi semangat yang memberangsangkan kepada pelajar semester satu! 

Pelbagai jenis aktiviti sukan dan juga gerai makanan telah disediakan pada hari tersebut. Jadi, apa tunggu lagi? Khabarkan kepada rakan-rakan anda dan marilah kita menjayakan event ini bersama-sama! Jumpa anda di sana!

Monday, December 8, 2014

Tugasan khas untuk pelajar semester satu

Assalamualaikum...

Kami telah mengadakan perjumpaan rasmi bersama penasihat akademik dan juga para pelajar komunikasi dan pengajian media pada 8 Disember bersamaan Isnin lalu bertempat di Dewan Kuliah 7. Kami berasa amat teruja untuk bertemu mereka. Para pelajar diberikan taklimat ringkas oleh penasihat akademik dan mereka juga dibahagikan mengikut penasihat akademik masing-masing mengikut kelas.

Selepas itu, penasihat KOMED, Encik Rosdi bin Safian memberikan sedikit taklimat ringkas dan juga pengenalan kelab KOMED kepada para pelajar. Agenda seterusnya diteruskan lagi oleh ucapan ringkas oleh Yang Di Pertua KOMED, Sharlina Sofia dan pengenalan kesemua 18 ahli majlis tertinggi kepada para pelajar.

Sempena Hari Keusahawanan yang bakal diadakan pada sabtu ini di padang kawad, satu tugasan khas telah diberikan kepada pelajar masscomm untuk diselesaikan. Mereka dikehendaki untuk mencetak borang yang disediakan di bawah dan melengkapkan 40 tandatangan dari semua pensyarah masscom dan juga 18 tandatangan dari ahli majlis tertinggi KOMED. Hal ini kerana kami bertujuan untuk mengukuhkan hubungan  sillaturrahim antara pelajar dan pensyarah dna juga merapatkan antara  pelajar semester satu  dan juga pelajar senior masscom.

Sila CLICK di link di bawah untuk memuat turun borang tersebut dan mencetak.
Anda boleh menghantar borang tersebut selewat-lewatnya pada pada jumaat ini bertempat di Dewan Bentara jam 2 hingga 4 petang dan 8 hingga 10 malam

Senarai Nama Pensyarah


Senarai Majlis Tertinggi KOMED

Saturday, December 6, 2014

Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar 2014/2015

Kehangatan kempen mengundi dari calon - calon Majlis Perwakilan Pelajar makin giat dirasai. Pembuangan undi akan dilakukan pada 8 Disember ini bersamaan Isnin bertempat di fakulti masing-masing bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. 


Berikut merupakan calon- calon beribawa yang bertanding di bawah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. 

1.  Muhammad Azim Nadzari 5C
2.  Muhammad Zulkifli Sulaiman 4K
3.  Miza Atikah Johan Marsh  5C 
4.  Sri Haleela Ibnu Hadjar 5C



Diharapkan kerjasama dari semua pelajar dapat turun mengundi pada hari tersebut dan memilih calon yang boleh memimpin para siswa dan siswi dengan unggul serta adil dan saksama. 




Friday, December 5, 2014

Borang Permohonan Zakat Telah Dibuka

Assalamualaikum. Sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan zakat Uitm telah dibuka pada 1 Disember 2014 dan tarikh akhir untuk menghantar permohonan adalah pada 9 Januari 2015.

Pelajar haruslah memuat turun borang tersebut dan menghantar borang tersebut di pejabat ACIS sebelum tarikh tutup permohonan.

Sila klik pada Borang permohonan Zakat di bawah bagi memuat turun borang dan mencetak borang tersebut.



Borang permohonan Zakat.