MAJLIS TERTINGGI KOMED 16/17

HI!!! WELCOME TO THE OFFICIAL BLOG OF KOMED UiTM MELAKA. PLEASE DO FOLLOW US ON FACEBOOK, TWITTER, YOUTUBE AND INSTAGRAM.WELCOME NEW STUDENTS TO FKPM!!!!!

Saturday, June 20, 2015

Komed's new line up interview for 2015/2016 session!

Salam. 

Interview pemilihan calon MT KOMED akan dijalankan pada 29 & 30 jun 2015. Tempat: BG09 KPP2. 
Masa: 8pm - 10.30pm. 
Terbuka kpd: 
Pelajar mc110 (part 2 - 3).
Pelajar mc111 (part 2) sahaja.







Wednesday, June 17, 2015

Hari Keusahawanan Masscomm Sesi Jun- Okt 2015 (Masscolours 2.0)

Assalamualaikum,

Pertama sekali, pihak Komed sekali lagi mengucapkan tahniah kepada pelajar semester satu yang telah berjaya diterima untuk bergelar sebagai mahasiswa UITM.

Ulasan kali ini adalah berkenaan tentang Hari Keusahawanan Masscomm yang telah diadakan pada 13 Jun 2015 bersamaan dengan hari Sabtu bertempat di Padang Kawad Uitm Alor Gajah.

Alhamdulillah, cuaca sangat baik pada hari tersebut dan kami dapat mengadakan 'event' tersebut dengan jayanya.. Program kali ini deketuai oleh Muhammad Syazwan Anuar, beliau turut menyambung konsep yang sama iaitu 'masscolours' tetapi temanya telah diubah kepada empat elemen utama iaitu angin, air , api dan tanah .

Program telah dirasmikan oleh Encik Shahril Anuar bin Abd Ghalim.

Seramai 300 pelajar semester satu (masscomm ) telah menyertai program ini.




Emcee untuk hari tersebut (panjang & mawi)













































Friday, June 12, 2015

PENCALONAN BAGI PILIHANRAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) SESI 2015/2016

PENCALONAN BAGI PILIHANRAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) SESI 2015/2016

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


Untuk makluman  Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dijangka akan diadakan antara bulan September - November 2015.


Kriteria-kriteria yang perlu diambil kira untuk pemilihan calon ini adalah seperti butiran berikut:-

a)     Calon MESTILAH  berada di dalam SEMESTER DUA (2) KE ATAS dan lulus dengan pencapaian sekurang-kurangnya CGPA 2.75  atau setaraf.


b)     Calon yang telah dikenakan, didapati bersalah atau masih menunggu tindakan tatatertib atas sesuatu kesalahan adalah TIDAK LAYAK  untuk dipilih
 .

c)     Calon yang dituduh atau sedang menunggu perbicaraan jenayah atau syariah, TIDAK LAYAK  untuk dipilih.


d)     Pelajar yang akan menjalani  Latihan Praktikal melebihi dari tiga (3) bulan dalam tempoh sesi yang berkenaan, tidak layak untuk mengisi borang pemilihan.
 
e)     Sesi Temuduga dijangka akan diadakan pada   23 Jun 2015    (Selasa).
 
(Maklumat diperoleh daripada Tatacara Am Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) UiTM)


 
Setiap fakulti dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 10 CALON . 

Permohonan hendaklah dihantar ke Unit Pentadbiran Am, HEP selewat-lewatnya atau pada
   15 Jun 2015 (Isnin jam 03:00 petang)

Sekiranya terdapat sebarang persoalan, boleh berhubung terus dengan , Puan Norhazlina Mohamad (ext : 2030) atau Puan Noramalina Md.Yahaya (ext : 2035).


Bersama-sama ini disertakan Borang Pencalonan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2015/2016 .


Terima Kasih 


BORANG PENCALONAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2015/2016


Wednesday, June 10, 2015

PERUBAHAN JADUAL SUBJEK IDA


PERUBAHAN JADUAL SUBJEK IDA

Pihak ACIS ingin memohon kerjasama semua penasihat akademik FKPM untuk memaklumkan terdapat jadual terkini bagi pelajar2 seliaan anda yang mengambil subjek IDA102 (Part 1), IDA 152 (Part 2), IDA 202 (Part 3).
 
Jadual terkini:
IDA102 (Part 1): Jumaat /12-2pm/ BG11
IDA152 (Part 2): Jumaat /12-2pm/BG12
IDA202 (Part 3): Jumaat/12-2pm/BG10

Perubahan ini adalah untuk mengelakkan pertembungan dengan kelas yang lain.


Kumpulan untuk Masscomm Induction Day

Assalamualaikum, 

Berikut merupakan tema atau kumpulan untuk pelajar semester satu sempena Hari Keusahawanan Masscomm.

Pelajar haruslah memakai baju mengikut warna yang telah ditetapkan dan mengikut garis panduan sahsiah rupa diri .