Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

FESKOM 2010

Here comes the event of the year, FESKOM! It will be held on the 3rd April 2010, with the theme, 1 M a l a y s i a . There will be lots of fun activities to be enjoyed. Just don't miss it!

Bual Bicara di Karnival 1 Malaysia 1 Media

Atucara Majlis Perasmian Karnival 1 Malaysia 1 Media

Perasmian akan dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali b. Mohd. Rustam

Karnival Komunikasi 1 Media 1 Malaysia

Karnival Komunikasi 1 Media 1 Malaysia yang akan diadakan pada 27 & 28 Mac di Dataran MITC, Ayer Keroh Melaka. Karnival ini merupakan anjuran pelajar Komunikasi semester 6 dengan kerjasama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk para pengunjung termasuk persembahan daripada artis-artis terkenal. Karnival akan bermula dari jam 9:00am - 9:00pm. Jangan ketinggalan!

RENTAK JUARA!

Anda mempunyai band atau kumpulan nyanyian anda sendiri? Tampilkan bakat anda pada pertandingan Rentak Juara a.k.a. Battle of The Band anjuran KOMED. 4 kumpulan terbaik akan dipilih untuk bertanding pada malam akhir FESKOM 2010 nanti. Uji bakat akan diadakan pada 29 Mac ini. Jangan ketinggalan!

Teaser FESKOM 2010!

FESKOM 2010 akan tiba! Nantikan poster rasmi yang akan muncul tidak lama lagi. Dan nantikan juga aktiviti-aktiviti menarik daripada kami! Jangan ketinggalan...

Ahli Jawatankuasa Perwakilan KOMED 2009/2010

Ahli Jawatankuasa Perwakilan KOMED 2009/2010 yang telah dilantik pada semester lepas. Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai aktiviti dan fakulti, para pelajar boleh merujuk kepada kami.

Perhatian kepada pelajar semester 3 dan 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera Kepada pelajar yang akan memasuki ijazah di uitm shah alam, anda diberi peluang untuk menukar kursus di dalam fakulti. Contoh: Nama : Ali bin Abu Bidang yang dipohon sebelumnya : Publishing Bidang baru yang hendak diikuti : Instructional Communication Nombor telefon : 0123456789 Sila emailkan kepada : mohd.fauzi@yahoo.com (pegawai eksekutif FKPM) dan cc kan kepada saya : raufsan@yahoo.com (koordinator program) sebelum 2 April 2010. Sekian, terima kasih. Wassalam.

PERHATIAN KEPADA PARA PELAJAR MC 110 YANG MENYERTAI ROMBONGAN PERASMIAN KAMPUS UiTM PUNCAK ALAM 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sukacitanya, kepada pelajar-pelajar sepertimana yang telah dimaklumkan di atas, anda boleh menuntut wang sebanyak rm 12 sebagaimana yang telah dijanjikan oleh pihak fakulti bermula pada 22 Mac 2010. Anda perlu mengenalpasti dan berjumpa dengan pensyarah yang menaiki bas bersama-sama anda pada hari tersebut untuk membolehkan tuntutan ini dilakukan. Pengumuman ini khas kepada mereka yang menaiki bas UiTM Melaka pada hari kejadian. Sekian, terima kasih.

Taklimat Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa UiTM Shah Alam

Perhatian kepada pelajar MC110 semester 3, 4 & 6. Sebuah taklimat mengenai Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa bersama Timbalan Dekan & Ketua-Ketua Program dari UiTM Shah Alam akan diadakan dan maklumat taklimat adalah seperti berikut ; Tempat : Dewan Syahbandar Masa : 2.30 petang Tarikh : 23 Mac 2010 (Selasa) Pelajar semester 3, 4 & 6 diwajibkan hadir. Sekian.

PPKP Modul 4

Perhatian kepada pelajar Diploma Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (MC110) Semester 4 Takwim Perlaksanaan Program Pembangunan & Kepimpinan Pelajar (PPKP) akan berlangsung seperti berikut; MODUL DIPLOMA Modul 4 (Semester 4): 21 Mac 2010, Ahad Masa: 9 pagi Tempat: Dewan Bendahara Oleh : Y. Bhg. Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Hitam Ketidakhadiran akan dikenakan tatatertib. Sekian.

Photo Gallery : 1 Malaysia, 1 Cerita

Tarikh untuk Photo Gallery telah ditukar ke 15 Mac hingga 20 Mac. Sekian.

Sijil Anugerah Dekan (Oktober 2009)

Assalamualaikum dan salam komunikasi. Terutama sekali, pihak fakulti ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat Anugerah Dekan untuk peperiksaan Oktober 2009. Pelajar-pelajar boleh mengambil sijil tersebut di pejabat koordinator. Sekian, wassalam.

Logo 1Malaysia Terbesar Berasaskan Bahan Kitar Semula

Untuk pengetahuan warga Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Melaka bersempena dengan Ekspo 1Media 1Malaysia yang akan dianjurkan oleh para pelajar semester akhir Diploma Komunikasi & Media UiTM Kampus Alor Gajah, satu percubaan menghasilkan logo 1Malaysia terbesar di mana percubaan ini akan direkodkan di dalam The Malaysia Book of Record . Untuk itu, para pelajar semester akhir ingin meminta pertolongan anda semua bagi memastikan percubaan ini berjaya dihasilkan dan seterusnya mengharumkan nama fakulti dan universiti di persada negara. Anda boleh membantu mereka dengan mengumpulkan tin-tin minuman yang tidak digunakan lagi dan menyerahkannya kepada ahli jawatankuasa yang berkenaan. Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada Saudara Amzar Anaqi Md. Roziki di talian 012-4909023 . Marilah kita bersama-sama menjadi salah seorang dari individu yang bakal memahat sejarah gemilang ini!