MAJLIS TERTINGGI KOMED 16/17

HI!!! WELCOME TO THE OFFICIAL BLOG OF KOMED UiTM MELAKA. PLEASE DO FOLLOW US ON FACEBOOK, TWITTER, YOUTUBE AND INSTAGRAM.WELCOME NEW STUDENTS TO FKPM!!!!!

Friday, December 26, 2014

Pesanan kepada pelajar gugur taraf.

Assalamualaikum, jika anda menerima mesej berkenaan pengguguran taraf. Sila hubungi HEA dalam kadar segera , dan sediakan bukti pembayaran anda. 



Monday, December 15, 2014

Pesanan khas kepada pelajar part 6 (batch medina )

Kepada pelajar senior part 6 (batch medina) yang tidak berjaya dalam interview adalah kerana masa pendaftaran mereka tidak sertakan result muet. 

Kepada sesiapa yang bakal menduduki MUET pada November, result akan keluar pada 15 Januari 2015, anda diminta agar membuat  surat rayuan pada fakulti shah alam beserta result MUET. 

Bagi sesiapa yang masih belum mengambil MUET, anda terpaksa  memohon untuk intake sept 15 depan. 

Thursday, December 11, 2014

Kumpulan untuk pelajar semester satu sempena Induction Day

Assalamualaikum , 

Sempena hari keusahawanan yang bakal diadakan pada hari Sabtu ini, kami telah membahagikan pelajar semester satu mengikut kumpulan. 

Nama kumpulan diberi bedasarkan 'superhero'. Anda tidak akan diletakkan dalam satu kelas yang sama. Merapatkan sillaturrahim dan bersuai kenal bersama pelajar lain adalah motif utama kami. 










Wednesday, December 10, 2014

Tarikh-tarikh bagi program Kemahiran Insaniah sesi 2014/2015

Berikut dipaparkan tarikh bagi program Kemahiran Insaniah. Kepada pelajar semester tiga, anda dikecualikan dari program ini. Bagi pelajar semester enam yang telah menghadiri program 'finishing school' semasa anda di semester lima, ada tidak perlu menghadiri program kemahiran insaniah pada semester ini. 

Peringatan kepada semua pelajar, jika anda gagal menghadiri program kemahiran insaniah, anda terpaksa mengulanginya pada semester hadapan. 

Sekian, terima kasih. 




  










Jemputan ke Hari Keusahawanan Masscomm 2014

Kami dengan sukacitanya ingin menjemput seluruh warga masscomm termasuklah para pensyarah, alumni, dan juga pelajar yang masih menuntut untuk datang ke Hari Keusahawanan yang dianjurkan oleh KOMED. 

Bertempat di Padang Kawad Uitm Lendu, mari beramai-ramai datang pada 13 Disember bersamaan Sabtu ini dan memberi sokongan dan juga memberi semangat yang memberangsangkan kepada pelajar semester satu! 

Pelbagai jenis aktiviti sukan dan juga gerai makanan telah disediakan pada hari tersebut. Jadi, apa tunggu lagi? Khabarkan kepada rakan-rakan anda dan marilah kita menjayakan event ini bersama-sama! Jumpa anda di sana!

Monday, December 8, 2014

Tugasan khas untuk pelajar semester satu

Assalamualaikum...

Kami telah mengadakan perjumpaan rasmi bersama penasihat akademik dan juga para pelajar komunikasi dan pengajian media pada 8 Disember bersamaan Isnin lalu bertempat di Dewan Kuliah 7. Kami berasa amat teruja untuk bertemu mereka. Para pelajar diberikan taklimat ringkas oleh penasihat akademik dan mereka juga dibahagikan mengikut penasihat akademik masing-masing mengikut kelas.

Selepas itu, penasihat KOMED, Encik Rosdi bin Safian memberikan sedikit taklimat ringkas dan juga pengenalan kelab KOMED kepada para pelajar. Agenda seterusnya diteruskan lagi oleh ucapan ringkas oleh Yang Di Pertua KOMED, Sharlina Sofia dan pengenalan kesemua 18 ahli majlis tertinggi kepada para pelajar.

Sempena Hari Keusahawanan yang bakal diadakan pada sabtu ini di padang kawad, satu tugasan khas telah diberikan kepada pelajar masscomm untuk diselesaikan. Mereka dikehendaki untuk mencetak borang yang disediakan di bawah dan melengkapkan 40 tandatangan dari semua pensyarah masscom dan juga 18 tandatangan dari ahli majlis tertinggi KOMED. Hal ini kerana kami bertujuan untuk mengukuhkan hubungan  sillaturrahim antara pelajar dan pensyarah dna juga merapatkan antara  pelajar semester satu  dan juga pelajar senior masscom.

Sila CLICK di link di bawah untuk memuat turun borang tersebut dan mencetak.
Anda boleh menghantar borang tersebut selewat-lewatnya pada pada jumaat ini bertempat di Dewan Bentara jam 2 hingga 4 petang dan 8 hingga 10 malam

Senarai Nama Pensyarah


Senarai Majlis Tertinggi KOMED

Saturday, December 6, 2014

Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar 2014/2015

Kehangatan kempen mengundi dari calon - calon Majlis Perwakilan Pelajar makin giat dirasai. Pembuangan undi akan dilakukan pada 8 Disember ini bersamaan Isnin bertempat di fakulti masing-masing bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. 


Berikut merupakan calon- calon beribawa yang bertanding di bawah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. 

1.  Muhammad Azim Nadzari 5C
2.  Muhammad Zulkifli Sulaiman 4K
3.  Miza Atikah Johan Marsh  5C 
4.  Sri Haleela Ibnu Hadjar 5C



Diharapkan kerjasama dari semua pelajar dapat turun mengundi pada hari tersebut dan memilih calon yang boleh memimpin para siswa dan siswi dengan unggul serta adil dan saksama. 




Friday, December 5, 2014

Borang Permohonan Zakat Telah Dibuka

Assalamualaikum. Sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan zakat Uitm telah dibuka pada 1 Disember 2014 dan tarikh akhir untuk menghantar permohonan adalah pada 9 Januari 2015.

Pelajar haruslah memuat turun borang tersebut dan menghantar borang tersebut di pejabat ACIS sebelum tarikh tutup permohonan.

Sila klik pada Borang permohonan Zakat di bawah bagi memuat turun borang dan mencetak borang tersebut.



Borang permohonan Zakat.

Thursday, December 4, 2014

Selamat datang pelajar baru!

Assalamualaikum kepada semua warga UiTM Lendu. Apa khabar semuanya? Kami dari pihak KOMED Lendu mengharapkan kalian dalam keadaan sihat sejahtera. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru sesi Nov 2014  - April 2015. Tahniah dari kami kerana anda telah terpilih untuk bergelar salah seorang pelajar UITM dan mengambil jurusan komunikasi dan pengajian media. Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan selamat kembali ke alam pembelajaran setelah enam minggu bercuti kepada pelajar semester dua ke atas. 


Diharapkan agar kalian semua dapat mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam menempuh semester ini dan juga menunjuk tingkah laku yang baik serta  sedia memberi tunjuk ajar kepada pelajar semester satu. 

Kepada pelajar semester satu, diharap anda dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran di alam universiti. Untuk info terkini, anda boleh mengikuti laman sosial kami . 

Twitter @komedlendu
Instagram @komedlendu
Facebook - komed lendu
   

Sunday, September 21, 2014

JADUAL FINAL EXAM SESI JUN - NOV 2014

Pejam celik, pejam celik kita sudah pun berada di hujung semester. Terlalu sibuk dengan assignments, events dan final projek kebarangkalian membuatkan kita tidak sedar betapa cepat sekali masa berlalu. Namun, kesibukan bukan alasan untuk kita tidak ada masa untuk mengulangkaji.

Kepada pelajar semester satu, masih ingatkah anda janji yang telah disemat? Janji untuk membawa Anugerah Dekan kepada kedua belah ibu bapa anda? Anugerah Dekan ( CGPA 3.50 ke atas) tidak susah untuk dicapai dengan adanya berkat usaha yang gigih.

Kami dari pihak KOMED ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh pelajar Masscom Uitm Lendu untuk peperiksaan akhir yang bakal bermula Isnin ini.  Pelajar dinasihati agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Jangan lupa untuk mencetak slip peperiksaan anda dan patuhi piawaian pemakaian yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
Sentiasa diingatkan supaya berdoa dan banyakkan selawat sebelum menduduki peperiksaan.

Di bawah merupakan jadual yang telah dikeluarkan.






Di bawah ini pula merupakan jadual peperiksaan bagi pelajar MC111



bagi yang repeater MC110re, berikutan jadual tetapan peperiksaan akhir:-



Saturday, September 13, 2014

Hi Tea Bersama Mantan Penasihat dan Majlis Tertinggi Komed 2013-2014

Kami dari pihak Komed ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mantan penasihat KOMED iaitu Puan Nurshahidah Sah Alam dan juga 16 ahli majlis tertinggi yang telah menabur bakti dan jasa sepanjang penglibatan mereka.

Sehubungan dengan itu, kami meraikan segala jasa dan budi bakti mereka pada 12 September bertempat di AFamosa bertemakan Semi Casual.


















Friday, September 5, 2014

Senarai nama pelajar tidak menuntut makanan AGM2014 pada 3/9/2014

Berikutan tentang sebahagian pelajar tidak dapat menjamu selera semasa AGM2014 tempoh hari, pihak kami telah mengambil inisiatif bagi menggantikan semula dengan memberikan makanan percuma pada hari rabu bersamaan 3/09/2014 pada pukul 12-3 petang sahaja. Namun, kami memohon maaf kepada segelintir pelajar yang tidak hadir bagi mengambil makanan percuma. Hal ini berikutan , kami tidak dapat menebus kembali wang anda. Berikut adalah senarai nama pelajar yang tidak hadir.

Siti Atashaziana Bt Idris
Nurul Syahirah Bt Samsudin
Norman Iddin Bin Ahmad Zahar
Bryler Tipar Anak  Jawa
Nur Syahirah Bt Norisam
Hasiha Hanis
Hafizatul Natasha
Ainna Safirah
Emmieleya Nasutiah
Farahuda
Mastura Md Gausha
Aida
Fifa
Apit
Hazwan
Sakinah Tukiman
Nurul Zazah Qiara Wapat
Siti Norazlin Binti Kassim
Siti Nurul Afiqah Bt Rozi
Siti Nur Azeela Bt Zulkifli
Hani Nadieha Bt Mohd Radzi
Muhammad Ayraf bin Mohd Hasbullah
Mohammad Afify Mohd Sazali
Izzat Anwar Bin Shaari
Nur Liyana Bt Jafar
Nur Liyana Bt Azahar
Muhammad Hilmi Binti Abdullah
Nurul Amira Binti Abdullah
Erra Fazura Bt Abd Latiff
Mohd Zakwan Bin Zabidi
Muhammad Alif Bin Abd Sani
Nurul Azimah Bt Daud
Anis Nur Faqihah bt Mohd
Zalikha bt Zainal
Siti Fatimah Mohd Dom
Norshahira Sharim Shah
Nurai’n Farhanan Abu Hurarairah
Mohd Ruzaini Ahmad Juhari
Mohd Nawawi bin Ismail
Azrul Nizam bin Mohd Razak
Mohd Hisham Mohd Salleh
Mohd Taufiq Mohd Azam
Nur Arina Raihan Bt Abd Razak
Amy Shahira Adnan
Sharifah Rabeah Bt Syed Muhammad
Nur Farhana Bt Mahajal
Siti Nur Nadika bt Elias
Nur Inani bt Othman
Ahmad Syahmi Bin Ahmad Fauzri
Mohd Khalis bin Yacob
Nuuur Quratuaini Bin Mohd Radzi
Abdul Rahim bin Mohd Isa
Mohd Hilmi Bin Ismail.


JADUAL FINAL TEST FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA SESI 2014-2015

















Friday, August 15, 2014

PILIHAN RAYA KOMED : 87.2% KELUAR MENGUNDI

Penasihat Komed, Siti Nur Shahidah Sah Alam memberi taklimat kepada pengundi.

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) sekali lagi mencipta sejarah apabila peratusan jumlah keluar mengundi pada Pilihan Raya Komed 14/15 yang lalu berjaya melepasi sasaran 80% keluar mengundi.

Antara pelajar yang keluar mengundi.
Peratusan keluar mengundi pada kali ini adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 87.2%. Jumlah ini menunjukkan kenaikan peratus keluar mengundi sebanyak 9.2% berbanding Pilihan Raya Komed sesi 13/14 yang lalu yang hanya mencapai peratusan sebanyak 78% .

Dari kanan, Shahira Izzati,
En Rosdi Safian (tengah), dan
Shahira Zamani menunjukan
kertas undi.
" Kita meletakkan target sebanyak 80% pelajar keluar mengundi dan Alhamdulillah, sambutan yang kita terima hari ini diluar jangkaan", ujar Siti Nur Shahidah Sah Alam, Penasihat Komed.

Menurut Shahidah lagi, peningkatan jumlah peratusan ini menjadi penanda aras kepada pihak fakulti bahawa Komed masih mendapat sokongan yang padu daripada pelajar-pelajar FKPM.

Kempen berterusan dari calon Komed 14/15 dengan bantuan para pensyarah serta barisan Majlis Tertinggi Komed 13/14 dilihat telah memberi impak terhadap peningkatan peratusan tersebut. 

Pilihan Raya telah berlangsung pada 7 Ogos yang lalu bertempat di Bilik TV , KKP 3.