Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

BB1M 2014

Assalamualaikum w.b.t Mohon sebarkan. Kepada pelajar UiTM KAG Melaka, agihan baucer buku 1Malaysia boleh diambil di Pejabat Bendahari mulai 3/3-31/7/2014. Isnin -Khamis  pagi 830am-1pm & 230ptg-5ptg. Jumaat 830pagi-12.15tghhari & 245ptg-5ptg. Sabtu Ahad 9pagi-1tgh hari & 2.15petang-4petang. Sila bawa kad pelajar dan kad pengenalan bersama bersama! Terima kasih dan  berhemahlah menggunakan baucer buku itu ikhlas dari Majlis Perwakilan Pelajar 2013/2014

KOLOKIUM WACANA ILMU DALIL, PENGHUJAHAN ISU SEMASA DAN INTERGRASI KAUM

Salam KOMED! KOLOKIUM WACANA ILMU DALIL, PENGHUJAHAN ISU SEMASA DAN INTERGRASI KAUM TARIKH : 22 FEBRUARI 2014(SABTU) MASA: 8.00PAGI-6.00PETANG TEMPAT: DEWAN BENDAHARA ,UiTM KAMPUS ALOR GAJAH MELAKA PERASMIAN: (11.00pagi) Y.BHG.PROF.MADYA DR.MOHD ADNAN BIN HASHIM (REKTOR,UITM MELAKA) TAJUK KOLOKIUM: “CABARAN INTERGRASI KAUM DAN PERANAN MEDIA KEARAH KELESTARIAN TAMADUN BANGSA”

#KAGBerselawat

Salam UiTM KAG :) Bersama Habib Ali Zainal Abidin dan Darul Murtadza di majlis ilmu KAG Berselawat Anjuran Kelab Inspirasi, Kelab Insan dan Kelab JPM InsyaAllah ;)

MAKLUMAN UJIAN AKHIR KOKURIKULUM SEMESTER DIS 2013 - APRIL 2014

Sukacita dimaklumkan uiian akhir bertulis kokurikulum kampus Alor Gajah akan diadakan pada 15 MAC 2014 (Sabtu) dimana ujian ini ditadbir dan dijalankan serentak di seluruh sistem UiTM pada tarikh tersebut sahaja merangkumi kursus-kursus kokurikulum seperti Pertahanan Awam, Badan Pertolongan Cemas, Brass Band dan Pemikiran Pemimpin Negara ( Surat makluman rasmi dilampirkan )

MassComm Attack!

Salam! Hai MassCommers! Yeayy MassComm Attack dah tamat dengan jayanya! Komed UiTM Melaka ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program MassComm Attack di SMK Hang Kasturi (Serangan kita berjaya. Alhamdulillah!) Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Ketua Pusat Pengajian FKPM; Encik Shahril Anuar Abd Ghalim kerana sudi turun padang bersama-sama Komed bagi menjayakan program ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada SMK Hang Kasturi, Masjid Tanah kerana sudi menerima kunjungan daripada Komed. Tanpa penglibatan daripada anda, program ini tidak akan berjalan dengan jayanya. Anda memang Havoc! Semoga berjaya dalam SPM 2014! Akhir sekali, jutaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Nurshahidah Sah Allam dan Encik Rosdi Safian selaku penasihat Komed dan program MassComm Attack! (Thank madam & sir. We love you!) Sesungguhnya program MassComm Attack adalah untuk memperkenalkan program dan

PROGRAM MODUL FINISHING SCHOOL

Perhatian kepada semua MassCommers semester 5 & 6

Fate Festival

Salam! Hai UiTM KAG! Jom datang beramai-ramai ke Fate Festival pada 13 Februari 2014 bertempat di Dataran Keris, UiTM Melaka. Pukul 8 malam hingga 11 malam. Pelbagai persembahan dan aktiviti menarik disediakan khas kepada anda. Antaranya ialah:- - Persembahan finalis penciptaan lagu - Persembahan pemenang penciptaan puisi - Buku jalanan - Jualan booth dan.. penampilan istimewa daripada NITRUS! Jom datang beramai-ramai! Dibawakan khas oleh; MMC110 5A

Van Shuttle UiTM Lendu

Penat berjalan? Tidak selesa ketika belajar disebabkan peluh? Perkhidmatan Van Shuttle UiTM Lendu disediakan khas kepada anda yang tidak berkenderaan akan bermula pada hari ini. Untuk pembelian kupon bulanan adalah seperti yang tertera pada poster. (Kaunter pembelian kupon bulanan dibuka di Dewan Bentara) Terima kasih  :)

JOGATHON. Come & Join!

Jom beramai-ramai Jog-a-thon sambil beramal. Program Jogathon anjuran Kelab Science Actuary. Hadiah menarik disediakan kepada tempat pertama, kedua dan ketiga. Yuran penyertaan murah sahaja dan anda akan menerima T-shirt Jogathon. Berminat? Anda boleh berhubung terus dgn pihak penganjur dan untuk maklumat lanjut boleh hubungi nombor yang tertera. RelayForLife RelieveTheStrife

Akustik dan Fashion Show. Berminat...?

Berminat dalam Akustik dan Fashion Show? Jom sertai pertandingan anjuran D'Bankers! Hadiah menarik telah disediakan kepada pemenang! Jom sertai!  Serlahkan bakat terpendam anda! Buat apa simpan lama-lama? Inilah masanya!