Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

PILIHAN RAYA KOMED : 87.2% KELUAR MENGUNDI

Penasihat Komed, Siti Nur Shahidah Sah Alam memberi taklimat kepada pengundi. Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) sekali lagi mencipta sejarah apabila peratusan jumlah keluar mengundi pada Pilihan Raya Komed 14/15 yang lalu berjaya melepasi sasaran 80% keluar mengundi. Antara pelajar yang keluar mengundi. Peratusan keluar mengundi pada kali ini adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 87.2%. Jumlah ini menunjukkan kenaikan peratus keluar mengundi sebanyak 9.2% berbanding Pilihan Raya Komed sesi 13/14 yang lalu yang hanya mencapai peratusan sebanyak 78% . Dari kanan, Shahira Izzati, En Rosdi Safian (tengah), dan Shahira Zamani menunjukan kertas undi. " Kita meletakkan target sebanyak 80% pelajar keluar mengundi dan Alhamdulillah, sambutan yang kita terima hari ini diluar jangkaan", ujar Siti Nur Shahidah Sah Alam, Penasihat Komed. Menurut Shahidah lagi, peningkatan jumlah peratusan ini menjadi penanda aras kepada pihak fakulti bahawa Komed masi

FESKOM RAYA 2014 DISAMBUT PENUH SEDERHANA.

Sambutan  Hari Raya Aidil Fitri, Feskom Raya 2014 yang berlangsung pada 6 Ogos yang lalu, disambut penuh kesedarhanaan oleh warga Fakulti Komunikasi & Pengajian Media ( FKPM). Sambutan  sebagai tanda menghormati mangsa-mangsa nahas MH 17 dan tragedi kehilagan MH 370.  Pelajar FKPM yang hadir pada malam tersebut. Feskom Raya yang membawa tema "Memperingati MH 17 & MH 370" telah dirasmikan oleh Timbalan Hal Ehwal Akademik UiTM, Dr Rani Diana Othman. Feskom 2014 bukan sahaja membawa mesej kesederhaan malah ingin berkongi kemeriahan syawal bersama gologan yang kurang bernasib baik. Pada malam tersebut, kira-kira seramai 30 orang kanak-kanak dari Rumah Jalinan Kasih , Melaka, telah diraikan dan mendapat sumbangan duit raya dari pihak FKPM. " Uitm mengucapkan syabas dah tahniah kepada Feksom raya 2014, kerana program malam ini disambut begitu sederhana. Kita mahu warga FKPM khususnya dan warga UiTM umumnya untuk berkongsi dan menghayati nilai bers

JADUAL MID-TERM OGOS 2014