Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

MESEJ DARIPADA FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR DIPLOMA KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, Dengan ini dimaklumkan bahawa, UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah akan memulakan sesi kuliahnya seperti biasa pada 27 Julai 2009, bersamaan hari Isnin. Cuti pertengahan semester bagi Kampus Alor Gajah adalah pada minggu lepas iaitu bermula pada 20 Julai hingga 26 Julai 2009. HANYA KAMPUS BANDARAYA SAHAJA YANG TERLIBAT DALAM CUTI PERTENGAHAN SEMESTER YANG BERMULA 27 JULAI HINGGA 2 OGOS 2009. Oleh itu, para pelajar MC 110 adalah dinasihatkan untuk datang berkuliah seperti biasa. SELAMAT BERKULIAH KEMBALI........ Koordinator Program Diploma Komunikasi dan Pengajian Media Abdul Rauf Hj. Ridzuan

Mesej daripada Koordinator Program Diploma Komunikasi dan Pengajian Media

Perhatian Kepada Para Pelajar Semester 3 dan Semester 5 Anda dikehendaki menghadiri kelas mengikut kumpulan yang telah dirombak. Para pelajar boleh merujuk pada senarai nama yang telah ditampal di fakulti. Para Pelajar semester 1, 2, 4 dan 6 Dikehendaki untuk mengikuti kelas asal, masing - masing. Para pelajar TIDAK DIBENARKAN MENUKAR DAN MENDAFTAR KE KUMPULAN LAIN. Pihak Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media ingin mengalu - alukan kedatangan pelajar - pelajar semester 1 ke Universiti Teknologi Mara, Kampus Alor Gajah. Pihak fakulti turut mengucapkan selamat berkuliah kembali kepada pelajar - pelajar semester 2 hingga semester 6, dan diharapkan para pelajar MC 110 sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Selamat berkuliah!! Koordinator Program Diploma Komunikasi dan Pengajian Media Abdul Rauf Hj. Ridzuan