MAJLIS TERTINGGI KOMED 16/17

HI!!! WELCOME TO THE OFFICIAL BLOG OF KOMED UiTM MELAKA. PLEASE DO FOLLOW US ON FACEBOOK, TWITTER, YOUTUBE AND INSTAGRAM.WELCOME NEW STUDENTS TO FKPM!!!!!

Thursday, August 18, 2011

Program Pra Pencegahan Jenayah


Program Pra Pencegahan Jenayah pada 18 OGOS 2011. Kelas yang terlibat adalah DMC1E dan DMC1K. Part 1 lain dijemput hadir untuk memeriahkan majlis :)

Friday, August 5, 2011

Permohonan Ijazah Dalam Negara (biasiswa)

Dimaklumkan bahawa Permohonan Ijazah Dalam Negara telah dibuka untuk permohonan biasiswa bagi peringkat Diploma dan Ijazah di IPT bagi tahun 2011. Sila rujuk syarat-syarat dan panduan permohonan untuk memohon. Permohonan ini boleh dicapai melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my mulai 1 Ogos 2011 sehingga 7 Ogos 2011 (Ahad). Sebarang masalah teknikal sila berhubung di talian 03-8885 3453, 03-8885 3541 atau 03-8885 3532. Pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

KOMED LEAGUE 2011/2012

Shields, Swords, Super-Strength: Presenting to you... KOMED LEAGUE in Lenduville

Thursday, August 4, 2011

MAKLUMAT MAJLIS ANUGERAH DEKAN PELAJAR SEMESTER 2 DAN 3

SEMINAR KECEMERLANGAN AKADEMIK

MAJLIS ANUGERAH DEKAN PELAJAR SEMESTER 2 DAN 3

UiTM MELAKA KAMPUS ALOR GAJAH

TARIKH : 14 SEPTEMBER 2011 (RABU)

TEMPAT: DEWAN BENDAHARA


1. MAJLIS ADALAH RASMI MENGIKUT TATACARA KONVOKESYEN.

2. PARA PELAJAR ADALAH DIWAJIBKAN HADIR PADA KETETAPAN YANG DIBERIKAN. SEKIRANYA PARA PELAJAR GAGAL HADIR, SURCAJ AKAN DIKENAKAN.

3. PENDAFTARAN PELAJAR BERMULA PADA PUKUL 7.45 PAGI DI DEWAN BENDAHARA.


4. PELAJAR DIMINTA HADIR SEAWAL YANG MUNGKIN KERANA PENDAFTARAN AKAN DITUTUP PADA PUKUL 8.20 PAGI.


5. PELAJAR YANG LEWAT MENDAFTAR MELEBIHI 8.20 PAGI TIDAK AKAN DIBENARKAN NAIK KE PENTAS UNTUK MENGAMBIL SIJIL, DAN BOLEH MENGAMBIL SIJIL SETELAH MAJLIS TAMAT .


6. SETIAP PELAJAR PERLU BERADA DI DALAM DEWAN SELEWAT-LEWATNYA JAM 8.20 PAGI.


7. SETIAP PELAJAR ADALAH DIWAJIBKAN MENGIKUT ETIKA BERPAKAIAN:

PELAJAR LELAKI : BAJU MELAYU LENGKAP; (BERSAMPIN),

BERSONGKOK DAN BERKASUT HITAM

PELAJAR PEREMPUAN: BAJU KURUNG YANG SOPAN MENGIKUT PROTOKOL MAJLIS


8. SETIAP PELAJAR TIDAK DIBENARKAN MENGAMBIL GAMBAR SAMA ADA MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT ATAU SEBARANG KAMERA DI SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG. INI ADALAH KERANA JURUGAMBAR RASMI TELAHPUN DILANTIK UNTUK MENGAMBIL GAMBAR SEMASA MAJLIS BERLANGSUNG.

9. SETIAP PELAJAR DIKEHENDAKI MEMATIKAN ATAU “SILENT MODE” TELEFON BIMBIT MASING-MASING SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG BAGI MENGHORMATI MAJLIS.


10. GAMBAR-GAMBAR SETIAP PELAJAR SEMASA MENERIMA SIJIL DARIPADA DATUK REKTOR ADALAH WAJIB DIBELI (HARGA RM 10 DAN PERLU DIBUAT PEMBAYARAN KEPADA KOORDINATOR PROGRAM MASING-MASING SELEWAT-LEWATNYA 7 SEPTEMBER 2011.

11. PELAJAR DINASIHATKAN SUPAYA BERSARAPAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM KE DEWAN BENDAHARA KERANA JAMUAN TENGAHARI DIJANGKAKAN AKAN HANYA DIHIDANG PADA JAM 1.30 PETANG.

Wednesday, August 3, 2011

Program Majlis Anugerah Dekan

Kepada semua pelajar semester 2 dan 3 yang mendapat Anugerah Dekan Disember 2010 - April 2011 dijemput hadir ke Majlis Anugerah Dekan pada :


Tarikh: 14 SEPTEMBER 2011 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Bendahara
Bayaran : RM10
Pakaian : Baju Melayu bersongkok (Lelaki)
Baju Kurung (Perempuan)


Sila sahkan kehadiran di bilik koordinator, Encik Shahril selewat-lewatnya 10 OGOS 2011 (Rabu) sebelum 12 tengahari. Bawa bersama wang bayaran yang telah ditetapkan.