Hanya menggunakan beberap rentang kain yang pelbagai warna, persembahan 'cloth' dari Kelab Komunikasi dan Media ( KOMED) memukau penonton di dua tempat berasingan, dalam program 30th Years of Unity dan MERGE 2014. Keunikan persembahan ini terletak pada formasi dan pergerakan rentangan kain tersebut. Persembahan tersebut telah diilhamkan sendiri oleh Yang Di-Pertua KOMED, Farah Rabiah Ahmad Farid. Menurut beliau, persembahan ' cloth' tersebut adalah pertama kalinya dipersembahankan dan mempunyai keunikkan serta simbolik yang tersendiri. " Setiap warna kain ini mewakili setiap fakulti yang ada di KAG dan kami rasa persembahan ini amat bertepatan dengan program 30th Years of Unity", ujar Farah. Ramai menyifatkan persembahan 'cloth' itu amat signifikan dengan 30th Unity yang diadakan bersempena menyambut ulang tahun UiTM Alor Gajah yg ke 30. Setelah kejayan pertama persembahan tersebut dalam program 30th Years of Unity bertempat di Dataran Ke...