Skip to main content

Masscomm Charity Day 2015

Assalamualaikum,

Kali ini Komed akan mengupas kembali aktiviti sepanjang Masscomm Charity Day 2015. Program tersebut telah diadakan pada 31 Januari 2015 bersamaan dengan hari sabtu bertempat di Padang Kawad UiTM.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Dr Rani Diana bt Othman selaku Pensyarah Kanan Uitm Lendu. Masscomm Charity Day telah berlangsung dari pukul 7.30pagi sehingga 1.00 petang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung.

Objektif utama program ini adalah mengumpul dana untuk membina surau di Sekolah Kebangsaan Lendu.

Alhamdulillah, kami telah mencapai objektif tersebut dengan berkat doa serta usahsa dari semua pihak yang terlibat.

Baiklah, aktiviti apa je yang gempak sangat ni? Ini juga adalah program pertama yang melibatkan para pensyarah pun turun padang! Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan sillaturrahim antara para pensyarah dan pelajar.

Aktiviti pertama adalah pertandingan mewarna yang disediakan kepada pelajar sekolah rendah dari kawasan Alor Gajah dan Masjid Tanah. Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan! Jelas terlihat dari wajah kanak-kanak yang sungguh bersemangat dalam pertandingan mewarna! Pertandingan mewarna dibuka kepada pelajar dari tahap 1 sehingga tahap 3 dan juga kepada anak pensyarah.

Selain itu juga, aktiviti yang paling mendapat sambutan adalah pertandingan 'street soccer' di mana ia melibatkan para pelajar dan juga para pensyarah! Masa inilah kita nak tengok siapa yang hebat kan? Hahahah walaupun berpanas, tetapi mereka tetap bersemangat dalam bersukan. Aktiviti seterusnya adalah pertandingan marathon yang dibuka kepada para pensyarah dan juga para pelajar. Ramai juga pensyarah yang turut serta. Bukan apa, sekali sekala kita luangkan masa untuk bersukan dan juga 'release tension' sikit.Betul tak?

Maaf jika kami banyak berceloteh kali ini. Maklumlah, semangat menulis tu tiba- tiba datang dengan banyak pulak. Jadi, kami sajikan pula dengan gambar yang diambil semasa event Masscomm Charity Day 2015!
























































Comments

Popular posts from this blog

Contoh Surat Rasmi Permohonan Penangguhan Pembayaran Yuran

Pekeliling Rektor - Parkir Motokar Pelajar di dalam Kampus

ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI MAJLIS TERTINGGI KOMED ?

Jika YA sertai kami! Anda hanya perlu lakukan beberapa langkah yang tertera di bawah πŸ‘‡πŸ» 1. Sediakan poster besertakan gambar, slogan dan manifesto anda. 2. Hadirkan diri ke temubual pemilihan calon pada 24 Oktober bersama-sama poster anda dan borang yang sudah lengkap diisi . Borang boleh dimuat turun di link dibawah! 3. Jika anda telah berjaya dipilih untuk menjadi calon-calon baru bagi YDP dan NYDP kelab KOMED, anda akan mula berkempen dari 25 Okt - 30 Okt dan undian pelajar akan diadakan pada 31 Oktober! πŸ‘ΈπŸ»πŸ€΄πŸ»πŸ‘ΈπŸ»πŸ€΄πŸ» Peluang ini terbuka kepasa SEMUA pelajar diploma masscomm UiTM Lendu. Jadi tunggu apa lagi? Rebut peluang ini dan serlahkan bakat kepimpinan anda! ✊πŸΌπŸŽ“πŸ’―✨ MUAT TURUN BORANG SEKARANG!  https://drive.google.com/drive/folders/0BwmcR6vAzB9fU1B6YWh0bTN3Ukk?usp=sharing