Skip to main content

PILIHAN RAYA KOMED : 87.2% KELUAR MENGUNDI

Penasihat Komed, Siti Nur Shahidah Sah Alam memberi taklimat kepada pengundi.

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) sekali lagi mencipta sejarah apabila peratusan jumlah keluar mengundi pada Pilihan Raya Komed 14/15 yang lalu berjaya melepasi sasaran 80% keluar mengundi.

Antara pelajar yang keluar mengundi.
Peratusan keluar mengundi pada kali ini adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 87.2%. Jumlah ini menunjukkan kenaikan peratus keluar mengundi sebanyak 9.2% berbanding Pilihan Raya Komed sesi 13/14 yang lalu yang hanya mencapai peratusan sebanyak 78% .

Dari kanan, Shahira Izzati,
En Rosdi Safian (tengah), dan
Shahira Zamani menunjukan
kertas undi.
" Kita meletakkan target sebanyak 80% pelajar keluar mengundi dan Alhamdulillah, sambutan yang kita terima hari ini diluar jangkaan", ujar Siti Nur Shahidah Sah Alam, Penasihat Komed.

Menurut Shahidah lagi, peningkatan jumlah peratusan ini menjadi penanda aras kepada pihak fakulti bahawa Komed masih mendapat sokongan yang padu daripada pelajar-pelajar FKPM.

Kempen berterusan dari calon Komed 14/15 dengan bantuan para pensyarah serta barisan Majlis Tertinggi Komed 13/14 dilihat telah memberi impak terhadap peningkatan peratusan tersebut. 

Pilihan Raya telah berlangsung pada 7 Ogos yang lalu bertempat di Bilik TV , KKP 3.









Comments

Popular posts from this blog

Contoh Surat Rasmi Permohonan Penangguhan Pembayaran Yuran

Pekeliling Rektor - Parkir Motokar Pelajar di dalam Kampus

Tawaran ke Ijazah FKPM bagi Pelajar Semester 3 untuk Program Perhubungan Awam dan Penyiaran

Salam Sejahtera. Pekeling baru yang diterima dari FKPM Shah Alam. Program Ijazah Sarjana Muda Komunikassi Massa untuk bidang Perhubungan Awam dan Penyiaran baru di buka pada hari ini kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Penutupan pendaftaran adalah pada pukul 5 petang ini juga. Bagi mereka yang layak dan berminat sila: a) Memberikan nama kepada koordinator program diploma di alamat raufsan@yahoo.com b) Mendaftar melalui laman web http://masscomm.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=219:surat-akujanji&catid=1:latest-news . Langkah seterusnya ialah dengan mendownload dan mengisi borang Akujanji tersebut. Sekian, wassalam.