Penasihat Komed, Siti Nur Shahidah Sah Alam memberi taklimat kepada pengundi. Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) sekali lagi mencipta sejarah apabila peratusan jumlah keluar mengundi pada Pilihan Raya Komed 14/15 yang lalu berjaya melepasi sasaran 80% keluar mengundi. Antara pelajar yang keluar mengundi. Peratusan keluar mengundi pada kali ini adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 87.2%. Jumlah ini menunjukkan kenaikan peratus keluar mengundi sebanyak 9.2% berbanding Pilihan Raya Komed sesi 13/14 yang lalu yang hanya mencapai peratusan sebanyak 78% . Dari kanan, Shahira Izzati, En Rosdi Safian (tengah), dan Shahira Zamani menunjukan kertas undi. " Kita meletakkan target sebanyak 80% pelajar keluar mengundi dan Alhamdulillah, sambutan yang kita terima hari ini diluar jangkaan", ujar Siti Nur Shahidah Sah Alam, Penasihat Komed. Menurut Shahidah lagi, peningkatan jumlah peratusan ini menjadi penanda aras kepada pihak fakulti bahawa Komed masi...