MAJLIS TERTINGGI KOMED 16/17

HI!!! WELCOME TO THE OFFICIAL BLOG OF KOMED UiTM MELAKA. PLEASE DO FOLLOW US ON FACEBOOK, TWITTER, YOUTUBE AND INSTAGRAM.WELCOME NEW STUDENTS TO FKPM!!!!!

Friday, August 15, 2014

FESKOM RAYA 2014 DISAMBUT PENUH SEDERHANA.


Sambutan  Hari Raya Aidil Fitri, Feskom Raya 2014 yang berlangsung pada 6 Ogos yang lalu, disambut penuh kesedarhanaan oleh warga Fakulti Komunikasi & Pengajian Media ( FKPM). Sambutan  sebagai tanda menghormati mangsa-mangsa nahas MH 17 dan tragedi kehilagan MH 370. 

Pelajar FKPM yang hadir pada malam
tersebut.
Feskom Raya yang membawa tema "Memperingati MH 17 & MH 370" telah dirasmikan oleh Timbalan Hal Ehwal Akademik UiTM, Dr Rani Diana Othman. Feskom 2014 bukan sahaja membawa mesej kesederhaan malah ingin berkongi kemeriahan syawal bersama gologan yang kurang bernasib baik.

Pada malam tersebut, kira-kira seramai 30 orang kanak-kanak dari Rumah Jalinan Kasih , Melaka, telah diraikan dan mendapat sumbangan duit raya dari pihak FKPM.

" Uitm mengucapkan syabas dah tahniah kepada Feksom raya 2014, kerana program malam ini disambut begitu sederhana. Kita mahu warga FKPM khususnya dan warga UiTM umumnya untuk berkongsi dan menghayati nilai bersederhana disamping mengingati saudara-saudara yang syahid dalam tragedi tersebut", kata Dr Rani ketika memberi ucapan perasmian.

Sebahagian dari anak-anak
 Rumah Jalinan Kasih
Walaupun disambut secara sederhana, Feksom Raya 2014, tetap meriah apabila Padang Kawad dibanjiri oleh kehadiran para pelajar dan pensyarah FKPM serta warga UiTM. 

Membawa tema kesederhanaan dan kemanusian, Feskom Raya tidak memutarkan lagu-lagu raya sebaliknya mendendangkan lagu-lagu kerohanian dan alunan ayat-ayat suci Al-Quran serta zikir.Pengunjung berpendapat Komed amat peka dengan isu semasa apabila berjaya menjalankan program yang meriah tetapi penuh kesederhanaan.
Calon MT Komed 14/15

" Bagi saya program ini berjaya, walaupun kita sambut dalam suasana yang humble tapi kemeriahan itu masih terasa, tahniah Komed!" ujar salah seorang pengunjung.

Pada malam tersebut juga, Komed turut memperkenalkan barisan calon Komed sesi 14/15 kepada para pengunjung.

Malam Feskom Raya 2014 juga turut dimeriahkan dengan penglibatan para pelajar yang membuka gerai-gerai jualan di sekitar Padang Kawad.



Antara gerai- gerai jualan.



No comments: