Skip to main content

Hari Keusahawanan Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media (FKPM) sesi Dis 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami dari 'geng' Komed sesi '15/'16 berbesar hati mengucapkan selamat datang dan tahniah buat pelajar semester satu sesi Disember 2015 yang telah berjaya diterima sebagai mahasiswa dan mahasiswi UiTM Alor Gajah, Melaka.

Seperti dimaklumkan, 'blog post' pada kali ini berkenaan tentang Hari Keusahawanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) atau lebih dikenali sebagai Induction Day (Hari Induksi) buat pelajar semester satu yang bertujuan untuk meraikan mereka sebagai pelajar Masscomm seperti  seniors dan super seniors yang lain.

Tema Hari Keusahawanan FKPM kali ini ialah 'MassSpalsh' yang bertemakan air dan program ini telah diketuai oleh, Yang Di-Pertua Komed sendiri iaitu, saudara Muhsin Hakim B. Nadzli selaku ketua projek untuk Hari Induksi sesi ini. Program ini berlangsung pada hari Sabtu, 12 Disember 2015 yang bertempat di Padang Kawad UiTM Alor Gajah, Melaka dan telah berjaya menarik sejumlah pengunjung yang ramai pada hari tersebut. 

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian, Encik Muhammad Hanapi Bin Khamis.

Konsep 'MassSplash' ini telah dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu, Kraken, Hydra, Kaiju, Megaladon dan Nessie. Induksi kali ini berlainan sedikit kerana, pembahagian kumpulan dibahagikan secara 'random' ahlinya agar pelajar semester satu 'mingle around' sesama sendiri. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, Poison Apple, Pelikat Maze, Logo Puzzle, dan Tarik Tali.

Kedatangan para pensyarah, alumni serta pelajar FKPM dan juga mantan Komed telah memeriahkan lagi 'event' ini dari awal sehingga ke penghujungnya. Gelagat pelajar semester satu yang 'sporting' dan menghiburkan juga telah memeriahkan lagi program ini dengan jayanya. Syukur Alhamdulillah, program ini telah berjalan dengar lancar sekali. 







Comments

Popular posts from this blog

Contoh Surat Rasmi Permohonan Penangguhan Pembayaran Yuran

Pekeliling Rektor - Parkir Motokar Pelajar di dalam Kampus

Tawaran ke Ijazah FKPM bagi Pelajar Semester 3 untuk Program Perhubungan Awam dan Penyiaran

Salam Sejahtera. Pekeling baru yang diterima dari FKPM Shah Alam. Program Ijazah Sarjana Muda Komunikassi Massa untuk bidang Perhubungan Awam dan Penyiaran baru di buka pada hari ini kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Penutupan pendaftaran adalah pada pukul 5 petang ini juga. Bagi mereka yang layak dan berminat sila: a) Memberikan nama kepada koordinator program diploma di alamat raufsan@yahoo.com b) Mendaftar melalui laman web http://masscomm.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=219:surat-akujanji&catid=1:latest-news . Langkah seterusnya ialah dengan mendownload dan mengisi borang Akujanji tersebut. Sekian, wassalam.