Assalamualaikum, Pertama sekali, pihak Komed sekali lagi mengucapkan tahniah kepada pelajar semester satu yang telah berjaya diterima untuk bergelar sebagai mahasiswa UITM. Ulasan kali ini adalah berkenaan tentang Hari Keusahawanan Masscomm yang telah diadakan pada 13 Jun 2015 bersamaan dengan hari Sabtu bertempat di Padang Kawad Uitm Alor Gajah. Alhamdulillah, cuaca sangat baik pada hari tersebut dan kami dapat mengadakan 'event' tersebut dengan jayanya.. Program kali ini deketuai oleh Muhammad Syazwan Anuar, beliau turut menyambung konsep yang sama iaitu 'masscolours' tetapi temanya telah diubah kepada empat elemen utama iaitu angin, air , api dan tanah . Program telah dirasmikan oleh Encik Shahril Anuar bin Abd Ghalim. Seramai 300 pelajar semester satu (masscomm ) telah menyertai program ini. Emcee untuk hari tersebut (panjang & mawi) ...