Barisan MT Komed 13/14 bersama penasihat, mantan dan Alumni FKPM. Sudah menjadi tradisi Komed mengadakan Hari Induksi ( Induction Day) setiap kali bermulanya semesta baru untuk meraikan pelajar-pelajar baru semesta satu. Uniknya induction kali ini, program tradisi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media ( FKPM) telah diubah suai dan diberi nafas baru dengan menerapkan elemen keusahawanan. Program yang cukup signifikan dengan FKPM ini telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Jun yang lalu. Elemen keusahawanan ini telah di ilhamkan sendri oleh penasihat Komed, Puan Siti Nurshahidah Sah Alam. Antara peniaga yang terlibat di Hari Keusahawanan & Induksi FKPM 2014 " Induction kali ini, Komed cuba menerapkan nilai-nilai atau elemen keusahwanan untuk mengajak warga UiTM, pelajar khususnya agar melibatkan diri dalam aktiviti keusahwanan." kata Shahidah Menurut beliau, ini merupakan langkah inisiatif serta sebagai tanda sokongan Komed dan FKPM terhada...