Skip to main content

MassComm Attack!

Salam! Hai MassCommers!

Yeayy MassComm Attack dah tamat dengan jayanya!

Komed UiTM Melaka ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program MassComm Attack di SMK Hang Kasturi (Serangan kita berjaya. Alhamdulillah!)

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Ketua Pusat Pengajian FKPM; Encik Shahril Anuar Abd Ghalim kerana sudi turun padang bersama-sama Komed bagi menjayakan program ini.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada SMK Hang Kasturi, Masjid Tanah kerana sudi menerima kunjungan daripada Komed. Tanpa penglibatan daripada anda, program ini tidak akan berjalan dengan jayanya. Anda memang Havoc! Semoga berjaya dalam SPM 2014!

Akhir sekali, jutaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Nurshahidah Sah Allam dan Encik Rosdi Safian selaku penasihat Komed dan program MassComm Attack! (Thank madam & sir. We love you!)

Sesungguhnya program MassComm Attack adalah untuk memperkenalkan program dan kursus Komunikasi dan Media kepada pelajar tingkatan 4 & 5 SMK Hang Kasturi. Sekaligus memberi input bagaimana untuk menjadi pelajar yang berkeyakinan dan berketerampilan di dalam pelajaran dan sosial.

Alhamdulillah maklum balas yang diberikan SMK Hang Kasturi amat baik sekali. Kami berharap, selepas ini pelajar-pelajar SMK Hang Kasturi akan lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk berjaya!

#MassCommAttack #TeamMassComm #iamamasscommstudent

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Surat Rasmi Permohonan Penangguhan Pembayaran Yuran

Pekeliling Rektor - Parkir Motokar Pelajar di dalam Kampus

ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI MAJLIS TERTINGGI KOMED ?

Jika YA sertai kami! Anda hanya perlu lakukan beberapa langkah yang tertera di bawah πŸ‘‡πŸ» 1. Sediakan poster besertakan gambar, slogan dan manifesto anda. 2. Hadirkan diri ke temubual pemilihan calon pada 24 Oktober bersama-sama poster anda dan borang yang sudah lengkap diisi . Borang boleh dimuat turun di link dibawah! 3. Jika anda telah berjaya dipilih untuk menjadi calon-calon baru bagi YDP dan NYDP kelab KOMED, anda akan mula berkempen dari 25 Okt - 30 Okt dan undian pelajar akan diadakan pada 31 Oktober! πŸ‘ΈπŸ»πŸ€΄πŸ»πŸ‘ΈπŸ»πŸ€΄πŸ» Peluang ini terbuka kepasa SEMUA pelajar diploma masscomm UiTM Lendu. Jadi tunggu apa lagi? Rebut peluang ini dan serlahkan bakat kepimpinan anda! ✊πŸΌπŸŽ“πŸ’―✨ MUAT TURUN BORANG SEKARANG!  https://drive.google.com/drive/folders/0BwmcR6vAzB9fU1B6YWh0bTN3Ukk?usp=sharing