Skip to main content

KHIDMAT PASUKAN GELOMBANG MERAH DIPERLUKAN KEMBALI..31 MAC 2011

KHIDMAT PASUKAN GELOMBANG MERAH DIPERLUKAN KEMBALI...31 MAC 2011

UiTM Dihatiku....


Assalamualaikum,

Y.Bhg. Datuk/Prof/Tuan/Puan,

Merujuk kepada pemakluman Y.Bhg. Datuk Prof Madya Dr Mizan Hitam, Rektor UiTM Cawangan Melaka, seramai 120 pelajar kumpulan baju merah(mass comm) diperlukan untuk membantu merealisasikan program bersama YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak(PM), Menteri Pengajian Tinggi, Y.Bhg.Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Naib Canselor UiTM Dato’ Prof.Ir.Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar,Timbalan Menteri Kewangan dan VVIP yang berkaitan.Lokasi program adalah diDewan Sri Budiman UiTM Shah Alam.Ketibaan orang kenamaan adalah pada jam 3.30petang namun kumpulan baju merah perlu hadir lebih awal (3 jam lebih awal-akan merujuk kepimpinan Datuk Pengarah).Berkaitan para pelajar wajib berpakaian merah(MT Komed perlu memastikan identiti mass comm menyerlah).Berkaitan makanan akan diuruskan oleh En Rahman(UiTM, Shah Alam) dan maklumat dari semasa ke semasa akan saya perolehi daripada Y.Bhg. Datuk Pengarah dan juga Dr Ismail(UILC, UiTM Shah Alam).


Pelajar yang akan terlibat : DMC 3B, MC110 1C, MC110 1D, MC110 1H, MC110 1G.

Pakaian : BAJU RASMI KOMED atau BAJU MERAH(mengikut sahsiah rupadiri. Pelajar semester 1 diminta berurusan dengan senior untuk meminjam baju memandangkan baju anda masih dalam proses)

Latihan dan perjumpaan diadakan pada 29 Mac 2011(akan diuruskan oleh MT KOMED) disaksikan oleh Datuk Dr. Mizan.Diminta semua memakai baju masscom merah ketika sesi latihan.


Adalah diingatkan bahawa golongan kumpulan penuntut gelombang merah bukan hanya membawa imej UiTM Melaka malahan turut menyumbang ke arah peningkatan identiti UiTM secara langsung terhadap para stakeholder yang berkaitan, dan kita para pensyarah dan juga pelajar akan senantiasa bersama kepimpinan tertinggi Universiti dalam memperjuangkan apa juga perkara yang signifiken dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.


Sumber maklumat:

1.Y.Bhg.Datuk Prof Madya Dr Mizan Hitam, Pengarah Kampus

2.Dr Ismail(UILC, UiTM Shah Alam)

3.En.Abdul Rauf bin Hj.Ridzuan(Koordinator Program)

Comments

Anonymous said…
salah taip ye?
DMC1D ke DMC6D ?
di minta semua pelajar memakai baju merah masscom pada hari latihan tersebut. terima kasih! :)

Popular posts from this blog

Contoh Surat Rasmi Permohonan Penangguhan Pembayaran Yuran

Pekeliling Rektor - Parkir Motokar Pelajar di dalam Kampus

ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI MAJLIS TERTINGGI KOMED ?

Jika YA sertai kami! Anda hanya perlu lakukan beberapa langkah yang tertera di bawah πŸ‘‡πŸ» 1. Sediakan poster besertakan gambar, slogan dan manifesto anda. 2. Hadirkan diri ke temubual pemilihan calon pada 24 Oktober bersama-sama poster anda dan borang yang sudah lengkap diisi . Borang boleh dimuat turun di link dibawah! 3. Jika anda telah berjaya dipilih untuk menjadi calon-calon baru bagi YDP dan NYDP kelab KOMED, anda akan mula berkempen dari 25 Okt - 30 Okt dan undian pelajar akan diadakan pada 31 Oktober! πŸ‘ΈπŸ»πŸ€΄πŸ»πŸ‘ΈπŸ»πŸ€΄πŸ» Peluang ini terbuka kepasa SEMUA pelajar diploma masscomm UiTM Lendu. Jadi tunggu apa lagi? Rebut peluang ini dan serlahkan bakat kepimpinan anda! ✊πŸΌπŸŽ“πŸ’―✨ MUAT TURUN BORANG SEKARANG!  https://drive.google.com/drive/folders/0BwmcR6vAzB9fU1B6YWh0bTN3Ukk?usp=sharing