MAJLIS TERTINGGI KOMED 16/17

HI!!! WELCOME TO THE OFFICIAL BLOG OF KOMED UiTM MELAKA. PLEASE DO FOLLOW US ON FACEBOOK, TWITTER, YOUTUBE AND INSTAGRAM.WELCOME NEW STUDENTS TO FKPM!!!!!

Friday, July 23, 2010

Sesi Temuduga KOMED 2010/2011

Salam,

Pihak pengurusan KOMED sedang mencari pelapis baru bagi menerajui kelab KOMED sesi 2010/2011. Sehubungan dengan itu, sesi temuduga bagi pencarian ahli-ahli majlis tertinggi KOMED sesi 2010/2011 akan diadakan.

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

- Pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.
- Terbuka kepada pelajar-pelajar semester 1,2,3 dan 4 sahaja.
- Setiap kelas bagi setiap semester yang terlibat (1,2,3 dan 4) perlu menghantar 2 orang calon bagi menjalani sesi temuduga bersama penasihat.
- Calon hendaklah dipilih oleh rakan-rakan sekelas atau mewakilkan diri secara sukarela dan dipersetujui oleh rakan-rakan sekelas.
- Tidak mempunyai rekod salah laku disiplin atau dikenakan tatatertib.
- Calon mempunyai kestabilan dalam pencapaian akademik.
- Bersedia berkhidmat dan memberi komitmen penuh kepada fakulti dan KOMED.
- Mempunyai semangat kepimpinan.
- Tidak memegang sebarang jawatan penting dalam persatuan/kelab lain di UiTM Melaka.
- Dan syarat-syarat lain yang difikirkan rasional yang telah ditetapkan oleh pihak penasihat KOMED sesi 2010/2011.

Calon yang mewakili kelas masing-masing akan melalui sesi temuduga bersama penasihat KOMED Sesi 2010/2011 pada:

27 Julai 2010 / 8.00 malam - Calon semester 1 dan 2

28 Julai 2010 / 8.00 malam - Calon semester 3 dan 4

Semua calon diminta berkumpul diruang legar bangunan akademik lama (berdekatan Cool Blog) pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

sekian.

2 comments:

CiK SoPhiE said...

bagusla kalau mcm nie...
sokong abes!!:D
memberi peluang kpd yg lain..
selain dpt memberi laluan kpd idea2 yg baru ke dlm komed kita ini..
:)
GO MASSCOMM!

Anonymous said...

askum...nak tanye...kalo kite amik mass com..dip. kat ner r kampus???