Untuk pengetahuan warga Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Melaka bersempena dengan Ekspo 1Media 1Malaysia yang akan dianjurkan oleh para pelajar semester akhir Diploma Komunikasi & Media UiTM Kampus Alor Gajah, satu percubaan menghasilkan logo 1Malaysia terbesar di mana percubaan ini akan direkodkan di dalam The Malaysia Book of Record. Untuk itu, para pelajar semester akhir ingin meminta pertolongan anda semua bagi memastikan percubaan ini berjaya dihasilkan dan seterusnya mengharumkan nama fakulti dan universiti di persada negara. Anda boleh membantu mereka dengan mengumpulkan tin-tin minuman yang tidak digunakan lagi dan menyerahkannya kepada ahli jawatankuasa yang berkenaan. Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada Saudara Amzar Anaqi Md. Roziki di talian 012-4909023.
Marilah kita bersama-sama menjadi salah seorang dari individu yang bakal memahat sejarah gemilang ini!
Comments