MAJLIS TERTINGGI KOMED 16/17

HI!!! WELCOME TO THE OFFICIAL BLOG OF KOMED UiTM MELAKA. PLEASE DO FOLLOW US ON FACEBOOK, TWITTER, YOUTUBE AND INSTAGRAM.WELCOME NEW STUDENTS TO FKPM!!!!!

Monday, February 22, 2010

Minggu Aspirasi Komunikasi Islam


Fakulti Komunikasi & Pengajian Media dengan kerjasama Persatuan INSAN dan INSPIRASI akan menganjurkan Minggu Aspirasi Komunikasi Islam dari 2 hingga 5 Mac 2010. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang minggu tersebut. Sebarang maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti ini akan dikemaskini di papan kenyataan MassComm. Marilah kita bersama-sama memeriahkan Minggu Aspirasi Komunikasi Islam 2010!!

4 comments:

Eddy said...

Salam...

satu usaha yang bagus ...anjakan yang bagus juga untuk persatuan islam disana....mohon diperbanyakkan lagi usahasama dengan persatuan-persatuan islam .... tidak semestinya hanya program-program yang berbentuk islamik sahaja persatuan ini boleh digadingkan bersama....peranan persatuan islam tidak terbatas hanya melalui program-program islamik sahaja....program-program lain yang luar daripada skop agama juga juga amat dialu-alukan....
-----------------------------------

From :
-Mantan Presiden Inspirasi
-Mantan JPM
-Mantan MassComm Melaka

Sarjana Pandir said...

Assalamu'alaikum W.B.T.

Minggu Aspirasi Komunikasi Islam@Rindu Pada-Mu; Sebuah program yang amat bagus dan bermanfaat serta mempunyai 'sentimental value' yang cukup akrab dengan Sy.

Sebuah usaha murni untuk mengharumkan nama fakulti agar dapat sama-sama duduk sebaris dengan fakulti-fakulti lain serta menghapuskan segala tanggapan dan tohmahan negatif terhadap warga MassComm keseluruhannya.

Kepada seluruh warga MassComm UiTM Melaka, marilah kita semua sama-sama menyokong serta memberikan dokongan moral yang utuh untuk program ini, demi kebaikan kita bersama.

Sy mendoakan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mampu mengangkat martabat fakulti di persada kegemilangan Insya Allah, Amin.

Firman Allah S.W.T. :

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu membantu (agama) Allah, nescaya dia akan membantu serta mengukuhkan kedudukanmu."

[Surah Muhammad, Ayat 7]

#La Takhaf, Wa La Tahzan! Innallaha Ma'ana#

#Jangan takut dan jangan berdukacita! Sesungguhnya Allah S.W.T. (sentiasa ada) bersama-sama kita semua#

#SALAM 1UKHUWAH 1MALAYSIA#


Best Regards,

Sarjana Pandir

Sarjana Pandir said...

Untuk makluman saudara Eddy, program ini sememangnya sebuah program yang berteraskan unsur2 kerohanian serta dakwah Islamiah. Cuma yang istimewanya pada kali ini, program ini dianjurkan secara bersama oleh pihak Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media (FKPM) dan Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM), dengan kerjasama persatuan-persatuan Islam lain di UiTM Melaka.

Sebuah program sebagai penanda aras ataupun 'benchmark' buat pihak fakulti dan Sy mengharapkan usaha-usaha murni ini tidak akan terhenti di sini sahaja malah akan diteruskan lagi di masa-masa yang akan datang, Insya Allah.

Semoga Allah S.W.T. memberkati serta merestui sebuah usaha murni untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, Amin.

Bossi said...

Tahniah untuk anda...