Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

  Selamat Hari Merdeka Malaysia!

Info: Perpindahan Kampus bagi Pelajar Ijazah dan Diploma FKPM di Rembau

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat seluruh warga FKPM, Berdasarkan mesyuarat pada 22/8/2016 berkenaan perpindahan kampus, dimaklumkan bahawa: Pendaftaran Pelajara Ijazah: MAC 2017 Pendaftaran Pelajar Diploma: JUN 2017 Surat perpindahan akan mula dikeluarkan pada Februari 2017. Sebarang perubahan atau info terkini mengenai perpindahan pelajar dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media ke Kampus UiTM Rembau akan diberitahu pada masa ke semasa. Terima kasih.

Borang Pencalonan Bagi Anugerah Majlis Pre-Grad sesi Jun-Okt 2016

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera buat seluruh warga FKPM. PERHATIAN: Kepada pelajar Semester 5 MC110 dan Semester 4 MC111, sempena Majlis Pre-Grad yang bakal berlangsung pada 29 Ogos 2016, para pelajar yang berpontensi/berkelayakkan disarankan agar menghantar borang pencalonan bagi Anugerah selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2016. 1. Tokoh Kepimpinan (Siswa & Siswi) 2. Tokoh Kepimpinan Harapan (Siswa & Siswi) 3. Tokoh Sukan (Siswa & Siswi) 4. Tokoh Sukan Harapan (Siswa & Siswi) Hi semua! Perhatian kpd pelajar sem 5 MC110 & sem 4 MC111,sempena MPG yang bakal berlangsung pada 29 Ogos 2016 ini pic.twitter.com/zv3HvlQfMh — KOMED UiTM Melaka (@komedlendu) August 18, 2016 Borang pencalonan boleh diambil melalui Koordinator Fakulti iaitu Puan Aini Faezah atau Ketua Pusat Pengajian FKPM En. Hanapi Khamis. Terima Kasih.

KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK 2016

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat seluruh warga FKPM, PERHATIAN: Kepada pelajar dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang akan terlibat untuk Kem Kecemerlangan Akademik pada 19 & 20 Ogos (Jumaat & Sabtu) 2016 bertempat di Kem Saujana Asahan, Jasin diminta untuk berkumpul di kawasan parkir kereta KPP2 (berdekatan dengan bangunan Hello Kitty) pada jam 2:15 petang. Siswa dan siswi yang terlibat diminta untuk memakai pakaian sukan dan berkasut pada hari tersebut. Keperluan yang perlu dibawa untuk Kem Akademik adalah seperti berikut: 1) Air mineral 2) Lampu suluh 3) Pakaian sukan (untuk 2 hari) 4) Kasut sukan (untuk aktiviti lasak & sesi fotografi) 5) Peralatan mandi 6) Pakaian solat (bagi wanita) 7) Ubat-ubatan (jika perlu) 8) Baju Korporat (Baju Fakulti) Minta kerjasama pelajar untuk hadirkan diri seperti yang telah ditetapkan.