Assalamualaikum wrh. wbt. buat seluruh warga UiTM dan semua. Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk, sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan bin Said telah memulakan tugas sebagai Naib Canselor UiTM yang baharu bermula pada hari Isnin, 01 Februari 2016. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa sebarang urusan rasmi universiti hendaklah dialamatkan seperti berikut: YBhg. Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan bin Said Naib Canselor Universiti Teknologi MARA Pejabat Naib Canselor Aras 6, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Setiausaha: Puan Nurhayati Jamaludin Setinggi - tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas diucapkan buat YBhg. Professor Emeritus Dato' Dr Hassan bin Said. Sekian dimaklumkan. Terima kasih.