Skip to main content

PERSEMBAHAN ' CLOTH ' PUKAU PENONTON DI 30TH UNITY DAN MERGE 2014.


Hanya menggunakan beberap rentang kain yang pelbagai warna, persembahan 'cloth' dari Kelab Komunikasi dan Media ( KOMED) memukau penonton di dua tempat berasingan, dalam program 30th Years of Unity dan MERGE 2014.

Keunikan persembahan ini terletak pada formasi dan pergerakan rentangan kain tersebut.

Persembahan tersebut telah diilhamkan sendiri oleh Yang Di-Pertua KOMED, Farah Rabiah Ahmad Farid. Menurut beliau, persembahan ' cloth' tersebut adalah pertama kalinya dipersembahankan dan mempunyai keunikkan serta simbolik yang tersendiri.

" Setiap warna kain ini mewakili setiap fakulti yang ada di KAG dan kami rasa persembahan ini amat bertepatan dengan program 30th Years of Unity", ujar Farah.


Ramai menyifatkan persembahan 'cloth' itu amat signifikan dengan 30th Unity yang diadakan bersempena menyambut ulang tahun UiTM Alor Gajah yg ke 30.

Setelah kejayan pertama persembahan tersebut dalam program 30th Years of Unity bertempat di Dataran Keris, UiTM Alor Gajah, KOMED telah diundang semula untuk membuat persembahan khas di malam penutup MERGE pada 4 Mac lalu.

Pada malam penutup MERGE 2014, sekali lagi KOMED berjaya tawan hati penonton yang membanjiri Dataran Keris Alor Gajah, dengan persembahan 'cloth' tersebut. Uniknya persembahan kali ini, formasi persembahan ditukar kepada skala yang lebih besar.

30th Unity merupakan program gabungan MC 110 5C dan 5D yang diadakan bersempena menyambut dan meraikan ulang tahun ke 30, UiTM Alor Gajah. Manakala MERGE 2014, sebuah program anjuran pelajar semester akhir FKPM.

Sedutan video persembahan 'cloth' boleh ditonton di laman rasmi Instagram KOMED.








Comments

Popular posts from this blog

Contoh Surat Rasmi Permohonan Penangguhan Pembayaran Yuran

Pekeliling Rektor - Parkir Motokar Pelajar di dalam Kampus

SENARAI NAMA PELAJAR SEMESTER 01 BAGI FAKULTI MC 110 SESI JUN - OKT '13

RED BIL NAMA PELAJAR NO. PELAJAR JANTINA RED 1  ABDUL RAHMAN BIN NOR KHAIR   2013644662  L A 2  AHMAD SAUFI IKHWAN BIN SAMAD   2013288704  L A 3  AQILAH KHAIRIAH BINTI ABD KHALIB   2013499146   P  B 4  ARIANA QIR-AIN BINTI AHMAD HUSAINI   2013281282   P  B 5  IZWANI MERICAN BINTI IZUDIN MERICAN   2013220898   P  C 6  JESICA SENDAI ANAK LIPA   2013653594   P  C 7  NOOR FARHANA BINTI MOHD NAWI   2013429814   P  D 8  NOOR IZZATI BINTI MOHD ALI   2013416086   P  D 9  NORFAEZAH BINTI SAKRI   ...