Skip to main content

" KAMI YAKIN BOLEH!"



" Kami yakin boleh!", itulah laungan semangat pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sepanjang Program Kem Hala Tuju Akdemik 2014. Program tersebut yang belangsung selama 2 hari 1 malam  di Kem Permata Ayer Pa'abas pada 24 dan 25 Januari lalu.

Ustaz Fadly bersama salah seorang peserta terlibat.
Seramai 40 orang pelajar yang dipilih dari semestar 1 hingga 6 telah berjaya mengikuti program motivasi yang bertujan untuk menyuntik semangat pelajar dalam pencapaian akademik. Menurut penasihat KOMED, Pn Siti Nor Shahidah Sah Alam, program ini realisasikan oleh KOMED kerana menyedari pelajar-pelajar memerlukan sokongan moral yang berterusan dalam pembelajaran.

 " Program sebegini adalah perlu kerana pelajar- pelajar harus diberikan dorongan serta suntikan semangat baru untuk mereka belajar seterusnya memperoleh pencapian akademik yang membanggakan." Tambah Shahida.

Program berorientasikan kursus ini dilihat mampu membantu pelajar yang terlibat serta mampu menjadi dorang kepada pelajar lain dalam meningkatkan prestasi akademik seterusnya dapat meningkatkan pencapaian akademik secara keseluruhan di peringkat fakulti.

Sesi motivasi bersama Coach Muhammad Saffian
Khidmat kepakaran motivator dan fasilitator dari Jazim Motivation Group telah berjaya memberikan nafas dan perspektif baru kepada peserta. Pengisian program juga bukan sahaja mengfokuskan kepada bidang akademik, malah turut memurnikan kemahiran komunikasi serta sisi potensi kendiri peserta. Perkongsian ilmu, pengalaman serta tips pembelajaran berkesan dari Ustaz Fadly Samin dan Muhammad Saffian, amatlah berguna untuk praktik oleh peserta.

Mengulas tentang program tersebut, Ketua Pusat Pengajian, En Shahril Anuar berkata  program ini akan diteruskan oleh pihak fakulti pada masa-masa akan datang kerana menyedari kepentingan serta impak program seumpanya terhadap pelajar,

" Ini merupakan inisiatif pihak pensyarah dan fakulti sendri untuk membantu pelajar", tambah beliau ketika memberi ucapan semasa majlis penutup yang turut dihadiri oleh Koordinator Fakulti En Hanapi Kamis.

Secara keseluruhannya Kem Hala Tuju Akademik ini disifatkan sebagai sebuah penanda aras bagi membantu pelajar FKPM khasnya dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akademik dan diharapkan program ini akan diteruskan pada masa hadapan.


Peserta tiba di perkarangan Kem Permata Ayer Pa'abas.


Barisan tetamu jemputan di majlis penutup.

Antara ekpresi wajah peserta ketika aktiviti 'ice breaking'.


Aktiviti yang memerlukan nilai kerjasama dalam pasukan serta fokus yang tinggi.

" Kami yakin boleh!" laungan semangat para peserta.

Solat berjemaah, antara aktiviti kerohanian sepanjang program berlangsung.




Comments

Popular posts from this blog

Contoh Surat Rasmi Permohonan Penangguhan Pembayaran Yuran

Pekeliling Rektor - Parkir Motokar Pelajar di dalam Kampus

Maklumat terkini

Penukaran ke Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa , Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam, Malaysia. Daripada bidang Event Management (OM 224) 1. Nama: MOHAMAD JAZLI SAFWAN BIN ALI 2. Nama: MOHD IZZUL ISWAT BIN MOHD AZMAN 3. Nama: NURLIZA BINTI BARHAN 4. Nama - Mohd Adam bin Mohd Yusoff 5. Nama: Farrah Shahidah bte Mohd Selleh 6. Nama : AHMAD SYAZWAN SYUWARI NORDIN 7. Nama: NOR SARINA BT LAMAK 8. Nama: MARISSA AQILAH BT RAZAK 9. Nama: Amira Norul Aini Bt Ahmad Azman 10. Nama: Marfidayu Md. Isa 11. Nama : NORFARAHANIS BINTI NOOR ZERI 12.Nama: AHMAD SYAZWAN SYUWARI BIN NORDIN 13. Nama : NURUL ASYKIN BT MASTAFA KAMAR 14. Nama:INTAN NOOR HADZIRAH JUM'ATUN BT ABU BAKAR 15. Nama: NUR ELYANA BT ISHAK 16. Nama: NURUL NADIA BT AB HAMID 17. Nama: MOHD FAIZUL BIN YUNUS Daripada bidang Pemasaran (BBM220) 1. Nama: NUR WANAH BINTI KIRAMLI 2. Nama: MOHAMAD AFFILI BIN ISMAIL 3. Nama : WAN ZURAINI BT WAN HASAN 4. Nama: ERNA HAMIZA BINTI ASRIL 5. Nama: NOREENA BINTI HAJI MOHAMAD SAL...