Skip to main content

HARI KEUSAHAWANAN & INDUKSI FKPM MERIAH!


Barisan MT Komed 13/14 bersama penasihat,
mantan dan Alumni FKPM. 
Sudah menjadi tradisi Komed mengadakan Hari Induksi ( Induction Day) setiap kali bermulanya semesta baru untuk meraikan pelajar-pelajar baru semesta satu.

Uniknya induction kali ini, program tradisi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media ( FKPM) telah diubah suai dan diberi nafas baru dengan menerapkan elemen keusahawanan.

Program yang cukup signifikan dengan FKPM ini telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Jun yang lalu.

Elemen keusahawanan ini telah di ilhamkan sendri oleh penasihat Komed, Puan Siti Nurshahidah Sah Alam.

Antara peniaga yang terlibat di
Hari Keusahawanan & Induksi
FKPM 2014
 " Induction kali ini, Komed cuba menerapkan nilai-nilai atau elemen keusahwanan untuk mengajak warga UiTM, pelajar khususnya agar melibatkan diri dalam aktiviti keusahwanan." kata Shahidah

Menurut beliau, ini merupakan langkah inisiatif serta sebagai tanda sokongan Komed dan FKPM terhadap pihak UiTM yang mahukan penglibatan pelajar dalam aktiviti perniagaan.

" Para peniaga yang teribat pada program ini bukan sahaja terdiri dari para pelajar FKPM, malah turut disertai oleh pensyarah FKPM dan beberapa fakulti dan kolej di UiTM", tambah beliau.

Hari Keusahawan dan Induksi 2014 ini juga meraikan seramai kira-kira 500 orang pelajar baru bagi sesi Jun- Oktober 2014. Ini merupakan antara bilangan pelajar semestar satu yang teramai mendaftar dibawah FKPM.

Program ini juga mengangkat tema " Numbers" yang dilihat bersesuaian dengan elemen keusahawanan yang cuba diterapkan oleh pihak fakulti.

" Semua aktivi dalam program kali ini, dikaitkan dengan penggunaan nombor", ujar Rafiq selaku ketua projek.

Para pemenang bersama 
wakil penaja ( Mufors PLUS Berhad)
dan En Hanapi Khamis (KF)
Upacara pengisytiharan pelajar baru
Program kali ini juga memperlihatkan kehadiran daripada para pensyarah , alumni serta pelajar FKPM yang diluar jangkaan. Kehadiran dan sokogan berterusan daripada alumni serta mantan-mantan Komed terdahulu menceriakan suasana hari tersebut.

Lebih mengamatkan suasana apabila program dibawah kelolaan saudara Rafiq Ibrahim ( Exco Hal Ehwal Pelajar 13/14) ini, mendapat tajaan lumayan dari Mufors PLUS Berhad dan A Famosa Resort . Pihak Mufors PLUS Berhad telah menaja sebanyak lima buah Ipad Air, manakala A Famosa Resort pula menaja sebanyak 15 tiket taman tema.

Rata-rata para pensyarah , peniaga dan pengunjung berpendapat program Komed ini merupakan antara program high impact patut diteruskan pada masa- masa akan datang.

Antara pelajar semestar satu yang diraikan

Sesi suai kenal bersama mantan Komed dan alumni


Comments

Popular posts from this blog

Contoh Surat Rasmi Permohonan Penangguhan Pembayaran Yuran

Pekeliling Rektor - Parkir Motokar Pelajar di dalam Kampus

SENARAI NAMA PELAJAR SEMESTER 01 BAGI FAKULTI MC 110 SESI JUN - OKT '13

RED BIL NAMA PELAJAR NO. PELAJAR JANTINA RED 1  ABDUL RAHMAN BIN NOR KHAIR   2013644662  L A 2  AHMAD SAUFI IKHWAN BIN SAMAD   2013288704  L A 3  AQILAH KHAIRIAH BINTI ABD KHALIB   2013499146   P  B 4  ARIANA QIR-AIN BINTI AHMAD HUSAINI   2013281282   P  B 5  IZWANI MERICAN BINTI IZUDIN MERICAN   2013220898   P  C 6  JESICA SENDAI ANAK LIPA   2013653594   P  C 7  NOOR FARHANA BINTI MOHD NAWI   2013429814   P  D 8  NOOR IZZATI BINTI MOHD ALI   2013416086   P  D 9  NORFAEZAH BINTI SAKRI   ...