Skip to main content

Posts

Program "Fast Track" / ISM

PERMOHONAN ONLINE DIBUKA SEMULA BAGI PELAJAR SEM 3 DIPLOMA, PELAJAR SEM AKHIR DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA DAN PELAJAR PRA DIPLOMA KE DIPLOMA Dimaklumkan bahawasanya permohonan kemasukan sesi Disember 2010 akan dibuka semula mulai 18/10/2010 sehingga 31/10/2010 melalui laman web online.uitm.edu.my bagi kategori program bertemuduga dan juga bukan bertemu duga: 1) Pelajar Pra Diploma ke Program Diploma 2) Pelajar Sem 3 Diploma ke Program Ijazah Sarjana Muda 3) Pelajar Sem Akhir Diploma / Ijazah Sarjana Muda ke Program Ijazah Sarjana Muda / Profesional Sekian, wassalam. MOHD FAUZI MOHD YUSSOF Penolong Pendaftar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, 40450 Shah Alam Selangor

Final Examinations!

Attention to all masscommers! Good luck for your final tests/ final exams. and don't forget to print out and bring along your exam slips into the examination hall. Wishing all of you the best of luck for final examinations!

JADUAL “FINAL TEST” UNTUK SUBJEK TIADA PEPERIKSAAN AKHIR

Pertandingan Video myTV3

Student Feedback Online

Diingatkan kepada semua pelajar supaya membuat penilaian SuFO (Student Feedback Online). Bermula semester ini "NO SuFO NO RESULT". Pihak i-learn akan cuba memohon kerjasama unit IT untuk menyediakan makmal komputer kepada para pelajar yang tidak mempunyai kemudahan komputer sendiri untuk mengisi borang penilaian sepanjang minggu ulangkaji sehingga minggu terakhir peperiksaan. Tarikh akhir SuFO adalah 17 Disember 2010. Kerjasama daripada semua pelajar masscomm amatlah dihargai. Sekian, wassalam. ABDUL RAUF HJ RIDZUAN KP MC110

MAJLIS MESRA RAYA RUMAH ANAK YATIM/MISKIN

Program ini dianjurkan oleh pelajar semester 5 (Dmc 5A), fakulti komunikasi dan pengajian media di bawah subjek event management (PRO 321) , dan Madam Ilya Yasnorizar selaku penasihat projek. Program ini bertujuan untuk menceriakan anak-anak yatim/miskin, merapatkan silaturrahim antara mereka disamping untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Program ini telah dijalankan pada 9hb Oktober 2010 (Sabtu) pada jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang. Tahniah di ucapkan kepada pelajar Dmc 5A, teruskan usaha anda semua!

Sukan Paralimpiad (21-26nov2011)

UiTM Melaka memerlukan khidmat anda sebagai Sukarelawan Syarat-syarat permohonan 1. Pelajar UiTM Melaka sahaja. 2. Terbuka kepada pelajar – pelajar lelaki dan perempuan. 3. Sihat tubuh badan. 4. Dedikasi, rajin dan bertanggungjawab. Insentif 1. Penginapan disediakan 2. Makan dan minum disediakan 3. Elaun disediakan 4. Pakaian semasa bertugas (T-Shirt) disediakan 5. Sijil Penghargaan Kepada pelajar – pelajar yang berminat sila hadir ke Unit Kokurikulum dengan membawa 2 keping gambar berukuran pasport.