Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Masscomm Charity Day 2015

Assalamualaikum, Kali ini Komed akan mengupas kembali aktiviti sepanjang Masscomm Charity Day 2015. Program tersebut telah diadakan pada 31 Januari 2015 bersamaan dengan hari sabtu bertempat di Padang Kawad UiTM. Program tersebut telah dirasmikan oleh Dr Rani Diana bt Othman selaku Pensyarah Kanan Uitm Lendu. Masscomm Charity Day telah berlangsung dari pukul 7.30pagi sehingga 1.00 petang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung. Objektif utama program ini adalah mengumpul dana untuk membina surau di Sekolah Kebangsaan Lendu. Alhamdulillah, kami telah mencapai objektif tersebut dengan berkat doa serta usahsa dari semua pihak yang terlibat. Baiklah, aktiviti apa je yang gempak sangat ni? Ini juga adalah program pertama yang melibatkan para pensyarah pun turun padang! Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan sillaturrahim antara para pensyarah dan pelajar. Aktiviti pertama adalah pertandingan mewarna yang disediakan kepada pelajar sekolah renda